KL Tower International Jump kembali dianjurkan

Bernama
Februari 4, 2023 16:47 MYT
Lebih 140 penerjun tempatan dan antarabangsa bakal mempamerkan aksi masing-masing dari ketinggian 300 meter di Sky Deck, Menara KL. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun peganjuran ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 acara Kuala Lumpur Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) yang memasuki tahun ke-20 tahun ini kembali dianjurkan pada Jumaat.
Lebih 140 penerjun tempatan dan antarabangsa bakal mempamerkan aksi masing-masing dari ketinggian 300 meter di Sky Deck, Menara KL.
Acara itu akan diadakan selama tiga hari, lapor Agensi Anadolu.
Sebagai ikon dan mercu tanda terkenal yang diiktiraf dunia, Menara KL menawarkan pelbagai pengalaman menarik dan unik kepada pengunjung selain pakej istimewa 'Sitting on The Edge'.
Sempena acara itu, pengunjung yang mendapatkan pakej itu dibenarkan duduk dekat dengan Sky Deck, tempat penerjun memulakan terjunan.
-- BERNAMA
#KL Tower International Jump #KLTIJM #Menara KL #Sky Deck
;