Kisah 'anak syurga' jadi perhatian di laman sosial

Madiha Abdullah
Mei 25, 2015 14:39 MYT
Ruqayyah tenang menerima takdir yang anaknya hanya dipinjamkan selama 14 hari kepada dia dan suami.
SATU status yang dimuat naik seorang ibu muda dari Kuantan, Pahang, menjadi perbualan di laman sosial sejak semalam.
Status ringkas tersebut dimuat naik Ruqayyah Farhani yang redha dengan takdir anaknya Maryam Farihah hanya dipinjamkan selama 14 hari kepadanya dan suami.
Bersama status itu, Ruqayyah turut memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang memangku jenazah anaknya itu.
Wajah Ruqayyah yang tenang mengundang simpati ramai, yang mendoakan agar Ruqayyah tabah dan terus tenang kerana pasti ada ganjaran untuknya kelak.
Kembar Maryam Farihah, Marsya Farihah kini sedang berjuang untuk hidup dan Ruqayyah tidak lupa meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya.
Ruqayyah bagaimanapun tidak memberitahu punca anaknya meninggal dunia.
Difahamkan, Ruqayyah dan suaminya berkahwin Ogos tahun lalu.
#anak #Marsya Farihah #Maryam Farihah
;