Kini Trending terus berkongsi 5 cerita paling menarik di media sosial.


#5 MOTO X BAKAL DILANCAR 1 OGOS

Penantian pemerhati teknologi bakal berakhir apabila Motorola sudah mula mempromosikan pelancaran rasmi peranti terbarunya itu pada 1 Ogos nanti.

Sejak pengambil alihan Google ke atas Motorola Mobility, pemerhati teknologi menjangkakan peranti terbaru ini bakal memberi persaingan kepada peranti android yang lain memandangkan ia dihasilkan terus oleh Google.

Moto X turut menyertakan sokongan untuk mendengar sepanjang masa, membolehkan anda mengaktifkan peranti itu itu dengan hanya menggunakan suara tanpa perlu menekan sebarang butang.

123

#4 SEMUT PANTAU AKTIVITI MEDIA SOSIAL

Pengguna media sosial kini perlu berwaspada kerana kini anda semua dipantau oleh Sensible And Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT).

Mereka terdiri daripada sukarelawan yang memantau media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Setakat ini SEMUT telah membuat laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang Di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.


#3 RAMADAN 2.0: PROJEK IQRA

Ramadan adalah bulan mulia yang menjemput kita semua melakukan amal jariah dengan
memberikan sumbangan dan membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi projek IQRA’, mereka memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak yatim dengan akses kepada pendidikan melalui kelas tuisyen, program motivasi dan sebagainya.

Tidak hanya tertumpu kepada pendidikan, Projek IQRA’ juga menyediakan pelbagai program yang bukan hanya tertumpu kepada keperluan anak-anak yatim malah kepada penyumbang tidak kira sumbangan berbentuk wang ringgit, masa, tenaga mahupun idea.

456

#2 #SETULUS LEBARAN KEMBALI LAGI

Bagi mereka yang berada di perantauan ataupun yang tidak berkesempatan pulang ke kampung bagi meraikan Aidifitri kali ini, bolehlah menghantar video ucapan selamat hari raya sebagai pengganti diri.

Anda hanya perlu menghantar ucapan raya menerusi muat naik Youtube, Instagram dan Twitter dengan #SetulusLebaran dimana video yang dimuat naik haruslah tidak melebihi durasi selama 30 saat sahaja.

123

#1 SHISHA DIHARAMKAN

Shisha adalah haram merupakan topik paling hangat dibicarakan di media sosial hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas persidangan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia yang memutuskan shisha adalah haram.

Selain itu penjelasan pakar kementerian kesihatan serta maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan shisha kepada kesihatan juga diambil kira.

Saksikan Kini Trending setiap hari 8:15 malam dan ulangannya 11:45 malam.