Kini Trending: Juadah berbuka puasa #CabaranRM10 Astro AWANI

Astro Awani
Julai 11, 2013 22:26 MYT
Kini Trending malam ini membawakan 5 perkara terhangat di media sosial. Antaranya berkongsi gambar juadah berbuka puasa menjadi perkara trending setiap tahun. Laman Kongsi Juadah Berbuka Puasa menjadi platform paling popular di Facebook.
Sementara itu Popia Basah di Pasar Ramadan di Desa Pandan paling mencuri tumpuan. Wartawan kami Nurul Hana meninjau penjualan popia basah dan menyahut Cabaran RM10 di Pasar Ramadan.
Peredaran masa menjadikan Youtube sebagai sumber utama remaja mendengar muzik mengatasi radio. Trend kini menunjukkan 64% remaja menghabiskan masa mendengar muzik menerusi Youtube berbanding 56% menerusi radio.
Lg Optimus G Pro baru sahaja dilancarkan di Malaysia namun mencuri tumpuan LG G2 yang diperkenalkan di New York baru-baru ini. Ia lebih pantas dengan pemproses Snapdragon 800.
Cara berpakaian bukan punca kes rogol berlaku. Itu yang dibincangkan pengguna media sosial mengenai kes dakwaan tiga atlet merogol seorang pegawai sukan semasa Sukan Malaysia (SUKMA) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Orang ramai berpendapat masalah sebenar adalah masalah psikologi perogol itu sendiri.
Saksikan Kini Trending setiap hari 8:15 malam dan ulangannya 11:45 malam.
#Kini Trending #Lg Optimus G Pro #Ramadan #YouTube
;