Kini Trending terus berkongsi 5 cerita paling menarik di media sosial.
#5 ERTI SEBUAH RAMADAN WARDINA SAFIYYAH
Bersempena Ramadan, Pertubuhan Ikram Malaysia telah menerbitkan satu video hasil kerjasama Tim Rayuan Ramadan dengan penampilan istimewa Wardina Safiyyah.
Wardina menyeru agar masyarakat kembali menghayati Ramadan dan merebut peluang di bulan yang mulia untuk memperbaiki dan membersih hati.
Dimuat naik ke Youtube pada 13 Julai lalu, video itu telah mengumpul lebih 17,000 penonton.
#4 NAK ID BARU? YAHOO! BUKA WishList
Fasa awal dalam kerja-kerja reset semula nama pengguna Yahoo! yang tidak aktif kini dimulakan, sekaligus menyediakan sebuah halaman ‘wishlist’ khas untuk membolehkan pengguna mendapatkan ID yang mereka ingini.
Perkara ini sekaligus memberikan peluang kepada pengguna Yahoo! untuk mendapatkan ID yang diminati.
Apa kata ke Wishlist.Yahoo.com dan senaraikan pilihan ID anda.
#3 MAKMAL TERBAKAR DI UiTM SHAH ALAM
Insiden makmal terbakar di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam menjadi topik perbualan di platform media sosial hari ini.
Menurut sumber di laman sosial, ketika kejadian pada 4.15 semalam, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam makmal tersebut.
Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak dipercayai berpunca dari kebakaran sebuah bilik makmal di bahagian tengah bangunan.
#2 'THE KEY' oleh JUSTIN BIEBER
#Heartbreaker menjadi antara perkara paling trending di Twitter sepanjang hari ini.
Lagu itu menjadi sebutan ramai setelah satu iklan yang memaparkan Bieber memperagakan wangian pertama miliknya menggunakan lagu latar ‘Heartbreaker’.
Hanya beberapa jam lalu, bintang itu memuat naik video berkenaan sebagai kejutan dan pengenalan keluaran wangiannya yang diberi nama ‘Justin Bieber The Key’.
Biarpun sudah berkali-kali menjadi trending di Twitter, lagu Heartbreaker masih belum di siarkan kepada umum secara rasmi.
#1 CCTV RAKAM BUDAK CURI IPAD
Paparan seorang kanak-kanak perempuan mencuri ipad di sebuah kedai menjadi viral serta merta setelah ia dimuat naik ke Youtube sejak dua hari lalu.
Sejurus masuk ke dalam kedai, kelihatan kelibat budak berbaju pink bersama seorang dewasa meninjau lokasi di sekeliling sebelum masuk ke belakang kaunter.
Menerusi komen pada Youtube, rata-rata ramai berpendapat, kanak-kanak itu sudah dilatih oleh seseorang dewasa sebelum memasuki premis berkenaan.
Video ini telah meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 300 komen pengguna di Youtube.