Kesan pengambilan makanan berwarna kepada otak kanak-kanak
Pa and Ma
Februari 13, 2022 12:37 MYT
Februari 13, 2022 12:37 MYT
MAKANAN dan minuman yang penuh dengan warna sememangnya menarik perhatian anak-anak kita.
Namun tanpa kita sedar makanan dengan pewarna tiruan ini paling memberi kesan pada otak anak kita malah sikap dan perangai anak akan turut terkesan tanpa kita sedar.
Bukan sekadar alergik bahkan banyak simptom lain yang memberi kesan pada anak kita.
Dr Mazliana Mazlan kongsikan keburukan jenis pewarna ini untuk panduan mak ayah.
Yang sebelah kanan tu, gambar otak anak yang tak normal.
Ini kesan pada otak anak sebab ambil makan minum yang ada pewarna tiruan dengan kerap.
Nampak tak gambar pertama. Otak sebelah kanan, makin banyak dot warna merah dan putih, berbanding yang belah kiri.
Dot merah dan putih itulah yang tunjukkan otak anak ini terlebih aktif dan sensitif.
Yang warna biru, itu aktiviti otak yang normal. Warna merah dan putih yang berlebihan, itu tak normal.
Ibu dan ayah si anak ni pelik dan risau. Bila anak makan makanan tinggi pewarna merah, mesti anak jadi agresif dan tak boleh dikawal.
Lama mereka cari punca. Rupanya bila hentikan pewarna makanan tiruan dari anak, terus behavior anak jadi macam biasa.
Tak nak jadikan makanan tinggi pewarna macam ni sebagai sarapan pemula hari anak, okey.
Reaksi alergik, tak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit, bersin tak berhenti.
Behavior berubah jadi pelik pun salah satu dari reaksi yang boleh berlaku, cuma kita selalunya tak perasan sangat.
Elakkan anak-anak kita dari pewarna makanan tiruan. Terlalu banyak ada dalam makanan ultra processed.
Makanan tinggi pewarna macam ni, anak memang suka. Mereka tertarik dengan warna yang terang dan cerah.
Naikkan selera mereka nak makan. Tapi, ia akan bawa kesan buruk pada otak anak jika kita tak kawal pengambilannya.
Cuba elakkan, makan minum yang ada pewarna tiruan macam dalam gambar, di rumah kita.
Apatah lagi pewarna makanan tiruan, yang kita sendiri guna untuk baking dan masak makanan anak-anak.
Ada pewarna atau tak, rasanya tetap sama kan. Yang beza, cuma warna yang boleh tarik perhatian anak.
Jus buah pun ada. Kita ingat dah sihat sebab nama jus buah, kan.
Tapi bila kita tahu ia tak elok untuk otak dan minda anak dalam jangka masa panjang, mesti tak sanggup lagi dah kita nak masukkan dalam adunan kek yang anak minta.
Sama-sama kita cuba ya, perhatikan apa yang anak makan setiap hari.
*Artikel asal di Pa&Ma
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !