Kerap bertengkar dengan pasangan? Dr Fadzilah Kamsah kongsi tiga tip ayat redakan kemarahan

Gempak
Ogos 27, 2023 16:43 MYT
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi tiga ayat yang berkemungkinan boleh meredakan kemarahan pasangan. -Gempak/Facebook
SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pasti tidak terlepas daripada pertengkaran dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Jika dibiarkan, dikhuatiri pertengkaran itu boleh memudaratkan sesebuah perkahwinan.
Bagaimanapun pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi tiga ayat yang berkemungkinan boleh meredakan kemarahan pasangan.
Berikut merupakan ayat yang dimaksudkan:
1. "Saya memang marah dan kecewa juga tetapi tu semua tak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak."
2. "Saya tahu kita tengah struggle sangat-sangat sekarang, tetapi saya takkan ke mana-ke mana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama."
3. "Saya nak keluar kejap. 30 minit je. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik ye."
Dalam pada itu, beliau juga turut berpesan kepada pasangan suami isteri supaya menguruskan amarah dengan baik.
“Api jangan dilawan dengan api. Perlu bertindak jadi air. Sentiasa tenang, damai dan meredakan api yang marak.
“Bertengkar dengan pasangan itu adalah benda biasa dalam kehidupan tetapi sejauh mana kita menguruskan pertengkaran itulah yang akan menjadikan tindakan kita jadi luar biasa.
“Renung-renungkan dan selamat berdamai. Binalah syurga dalam rumahtangga kamu semua ya,” coretnya.
Untuk info, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sememangnya dikenali sebagai antara pakar motivasi kesukaan rakyat Malaysia. -Gempak
#Fadzilah Kamsah #pertengkaran #Perselisihan Faham #ayat redakan kemarahan
;