Kemunculan Oprah dalam iklan Weight Watchers buat penonton sebak

Syafique Shuib
Disember 30, 2015 13:50 MYT
Peranan Oprah Winfrey sebagai jurucakap Weight Watchers lebih kepada mengalakkan perubahan gaya hidup yang seimbang berbanding menjual pakej diet. - Gambar Fail
NETIZEN sebak apabila menonton iklan terbaharu syarikat pemakanan seimbang, Weight Watchers yang menampilkan jurucakap terbaharu mereka iaitu pengacara popular Oprah Winfrey.
Personaliti itu sebelum ini terkenal dengan sikap terbuka untuk berkongsi kisah peribadi, termasuk isu turun naik berat badan.
Iklan Oprah yang berdurasi 62 saat itu secara tidak langsung membuat orang ramai bermotivasi untuk merubah gaya hidup mereka setelah syarikat itu mengambil pendekatan untuk mengalakkan perubahan gaya hidup yang seimbang berbanding menjual pakej diet.
“Setiap kali saya mencuba (program diet) dan gagal, cuba sekali lagi dan gagal telah membawa saya ke detik penting ini untuk bertanya ‘Kalau bukan sekarang, bila lagi?’
“Saya tahu jutaan orang merasakan begitu. Anda sudah bersedia? Mari kita lakukan ini bersama-sama,” ajak Oprah.
Video berkenaan dilancarkan di United Kingdom minggu lepas, sebelum dilancarkan di Amerika Syarikat.
Oprah turut kongsi video berkenaan di akaun Twitter beliau.

Why I joined Weight Watchers. Come Join Me. Let's do this together. https://t.co/jUgpk9ToXY https://t.co/4DQvzMh23R

— Oprah Winfrey (@Oprah) December 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai menganggap iklan itu memberi inspirasi dan motivasi untuk mereka menjaga berat badan.

@Oprah I will be joining the @WeightWatchers family, feeling motivated and inspired! pic.twitter.com/seP2p3qAQu

— Nancy Winningham (@NancyWinningham) December 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Oprah bravo Oprah!! What is the official hashtag!!? Let's amplify these stories #weightwatchers

— Ken Like Barbie (@kenlikebarbie) December 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Oprah Saw it on tv and love it. Inspirational..I am motivated/p>— Lizy (@lizcriolla) December 29, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Oprah I'm choked up & tearful listening to you describe my heart. I've spent so much time perfecting "invisible." Thk u. #WeightWatchers

— Toni (@suhthernspice) December 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Oktober, saham Weight Watchers terus melonjak dengan pengumuman Oprah menyertai syarikat itu bukan sahaja sebagai jurucakap tetapi sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah setelah membeli 10 peratus kepentingan dalam syarikat pengurusan berat badan itu.
Lapor New York Post, Oprah mula mencuba program Weight Watchers sejak Ogos dan berat badan beliau turun lebih kurang 20 pound (9.07kg) sejak itu.
#diet #Oprah Winfrey #Weight Watchers
;