Kemudahan OKU sering diceroboh, mana kesedaran sivik anda?

Khairunnisa Kasnoon
Jun 11, 2018 10:08 MYT
Tempat letak kereta OKU merupakan antara fasiliti yang sering disalah guna pengguna. - Gambar hiasan
RAKYAT Malaysia terkenal dengan sikap prihatin.
Prihatin serba serbi – kemalangan, kerja amal. Kitalah yang paling dulu hulur bantuan.
Namun, dalam keprihatinan kita terhadap insan lain, masih ada segelintir yang kurang peka, atau tidak peka langsung dengan fasiliti yang disediakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Pendek kata, pentingkan diri sendiri.
Apatah lagi, menjelang Aidilfitri, lebuhraya pastinya sesak apabila penghuni kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing.
Perhentian Rehat dan Rawat (RnR) adalah contoh terbaik untuk melihat fasiliti OKU ini disalah guna.
Tempat letak kereta, tandas, ramp dan laluan pejalan kaki merupakan kemudahan yang sering diceroboh.
Atas alasan "sekejap sahaja" atau "tidak ada orang guna, lebih baik aku guna", menunjukkan golongan ini hanya mementingkan diri masing-masing.

Alasan Atas alasan sekejap sahaja atau tidak ada orang guna, lebih baik aku guna selalu digunakan oleh penceroboh parkir OKU

— Basri Husin (@basrihusin) June 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Selain itu alasan lain diberikan termasuklah parkir penuh kecuali petak khas untuk OKU saja yang kosong atau tiada golongan itu ketika mereka sampai di situ," luah Basri Husin, seorang bloger OKU.

Time nak shopping raya ni lah ada orang suka curi parking OKU dengan alasan parking penuh. Kami oku pun nak beli baju raya juga

— Basri Husin (@basrihusin) June 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, ada pengguna yang enggan mengalah bahkan marah apabila ditegur kerana menyalah guna kemudahan OKU.
Basri turut mempersoal, adakah pengguna sedar kenapa dan mengapa kemudahan OKU seperti tempat letak kereta misalnya, saiznya lebih besar berbanding ruang yang normal?
"Tuan-tuan tahu kepada kemudahan tersebut direka sebegitu?
"Sebenarnya ada beberapa keperluan khas kenapa parking OKU bersaiz agak besar dan berdekatan dengan bangunan.
"Sebabnya ialah bagi memudahkan pemandu/penumpang menurunkan kerusi roda mereka," ujarnya kepada Astro AWANI.
Sementara tandas OKU direka dengan saiz yang sedikit besar dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti 'grab bar' dan seumpamanya bagi memudahkan kerusi roda bergerak secara efektif.
Manakala fungsi grab bar/flip grab bar bertujuan untuk berpaut dan pindah ke mangkuk tandas atau seumpamanya.
Ramp dan laluan pejalan kaki pula dibina adalah sebagai laluan utama bagj kerusi roda kerana pengguna kerusi roda tidak dapat melalui kawasan bertangga dan bertebing.
"Jadi jangan pula ada motosikal yang menghalangi laluan tersebut.
"Keperluan ini dibina untuk orang yang betul-betul memerlukan kerana cabaran fizikal mereka berbeza dari anda semua yang sempurna.
"Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah ketika pulang pada hari raya ini dan berhemah juga sampai bila-bila.
"Janganlah mementingkan diri sendiri semata-mata," katanya lagi.

*Tiga kemudahan berikut anda perlu hormati jika anda seorang rakyat Malaysia yang prihatin ketika pulang beraya. 1) Parkir OKU 2) Tandas OKU 3) Ramp/laluan pejalan kaki*

— Basri Husin (@basrihusin) June 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Aidilfitri #fasiliti #hari raya #kemalangan #kereta #Malaysia #OKU #Rehat dan Rawat
;