Kempen THANKYOU10 GoShop tawar diskaun 10 peratus

Malik Ridhwan
September 13, 2018 23:00 MYT
Kempen 'Thank You 10' GoShop yang berlangsung dari 7 September 2018 hingga 30 September 2018.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan, saluran membeli-belah Astro, GoShop menawarkan promosi istimewa dengan diskaun 10 peratus bagi semua produk elektronik digital.
Ia sebahagian daripada kempen 'Thank You 10' GoShop yang berlangsung dari 7 September 2018 hingga 30 September 2018.
Pelanggan antara lain boleh menikmati diskaun 10 peratus ini apabila membuat pembelian minima RM300 dengan menggunakan kod THANKYOU10.*
Ini adalah tawaran elektronik digital pertama yang terdapat di platform itu yang merangkumi telefon bimbit, televisyen pintar, kamera, gajet permainan, tablet, komputer riba dan lain-lain.
Antara produk yang ditawarkan termasuk Huawei 3i, OPPO A83, Sony Playstation Fortnite Bundle dan pra-tempahan PS4 Marvel Spiderman.
Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my
*Tertakluk kepada terma dan syarat
#10 peratus #diskaun #elektronik digital #GoShop #Huawei 3i #OPPO A83 #Thank You 10