Kempen selamatkan kanak-kanak Syria melalui Pokemon Go

Madiha Abdullah
Julai 23, 2016 15:00 MYT
Kanak-kanak Syria tidak mengimpikan untuk bermain Pokemon Go.Foto/Twitter RFS Media Office
KETIKA banyak negara dilanda demam aplikasi permainan Pokemon Go, lain pula ceritanya bagi negara bergolak, Syria.
Jika kanak-kanak di negara lain teruja ke sana sini bermain permainan itu, kanak-kanak di Syria pula sabar menantikan masa mereka dibebaskan dari bumi berdarah itu.
Usaha membawa perhatian dunia kepada nasib kanak-kanak di Syria melalui permainan itu dimulakan oleh sebuah agensi media di Syria, Revolutionary Forces of Syria Media Group.
BACA: Pokemon Go! difatwakan haram di Arab Saudi
BACA: Indonesia larang permainan 'Pokemon Go' di Istana Presiden
BACA: Barista sanggup berhenti kerja untuk main Pokemon Go sepenuh masa
Menerusi beberapa siri tweet, agensi itu memuat naik beberapa keping gambar kanak-kanak Syria berlatar belakangkan kemusnahan akibat perang, sambil memegang lukisan watak animasi Pokemon.
Lukisan itu turut memaparkan tulisan yang berbunyi, "Tolong selamatkan saya!"

I am in #Syria...Save me !! !!مف#/a>اa href="https://twitter.com/hashtag/PokemonInSyria?src=hash">#PokemonInSyria #PokemonGO#PrayForSyrian pic.twitter.com/kowoRiTeDF

— قا(@RFS_mediaoffice) July 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I'm in Kfar Nabouda in Edlib, come save me. #AssadCrimes #PokemonGo #Syria pic.twitter.com/G8YIzrZSmN

— S. Rifai (@THE_47th) July 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I'm in Kafranbel, Edlib. Come Save me. #AssadCrimes #Syria #PokemonGo pic.twitter.com/46f7HbtOAa

— S. Rifai (@THE_47th) July 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Paling menyentuh hati adalah sekeping gambar kanak-kanak lelaki, dengan grafik watak Pikachu di sebelahnya juga kelihatan sedih.

#PrayForSyria I am from #Syria come to save me!!! pic.twitter.com/lRbSlGsWrB

— قا(@RFS_mediaoffice) July 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang pereka grafik, Saif Aldeen Tahhan, pula memulakan kempen #SyriaGo menerusi beberapa siri gambar di akaun Facebooknya.
Berbeza dengan Pokemon Go, SyriaGo menunjukkan imej barang-barang yang paling diperlukan kanak-kanak di negara itu, seperti buku dan permainan.
Syria yang mula bergolak sejak tahun 2010, menyaksikan ribuan kanak-kanak menjadi pelarian dan tidak mendapat pendidikan.
#Kanak-kanak #perang #Pokemon GO #Syria #Syria Go
;