Kekurangan tidur boleh menjejaskan hubungan
AFP RELAXNEWS
Januari 21, 2013 21:16 MYT
Januari 21, 2013 21:16 MYT
Kajian baru menyatakan bahawa kekurangan tidur boleh menjejaskan hubungan di antara pasangan, di mana salah seorang mungkin merasai tidak dihargai.
Penyelidik dari University of California, Berkeley, mengatakan bahawa kekurangan tidur boleh meninggalkan pasangan "terlalu letih untuk menyatakan terima kasih" dan menyebabkan salah seorang berasa diambil kesempatan.
"Kekurangan tidur boleh membuat kita lebih mementingkan diri sendiri kerana kita mengutamakan keperluan kita," kata Amie Gordon, pakar psikologi UC Berkeley dan penyelidik utama kajian itu.
Dia membentangkan penemuan pada Januari 19, di mesyuarat tahunan Persatuan Personaliti dan Psikologi Sosial di New Orleans.
"Anda mungkin telah tidur seperti bayi, tetapi jika pasangan anda tidak, kemungkinan akhirnya kedua-dua akan cepat marah," menambah Gordon.
Beliau juga menyatakan bahawa waktu malam boleh bertukar menjadi medan pertempuran akibat berdengkur, tarik-menarik selimut atau salah seorang pasangan sedang membaca semasa yang lain sedang tidur.
Untuk mencapai penemuan beliau, Gordon menggunakan lebih daripada 60 pasangan, antara umur 18-56. Subjek mencatat diari corak tidur dan perasaan terhadap pasangan mereka.
Dalam satu eksperimen, rakaman video semasa pasangan menyelesaikan masalah telah dilakukan.
Mereka yang kurang tidur pada malam sebelum menunjukkan penghargaan yang kurang terhadap pasangan mereka.
Satu penyelesaian untuk menjaga keamanan? "Pastikan untuk mengatakan 'terima kasih' apabila pasangan anda melakukan sesuatu yang baik," Gordon mencadangkan. "Biarkan mereka tahu anda menghargai mereka."