Kekal fokus, bergaya dengan kolaborasi HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II dan HUAWEI FreeBuds Studio

Ehsan A Marisah
Oktober 30, 2020 11:42 MYT
Pengalaman audio terbaik dengan HUAWEI FreeBuds Studio dan HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II.
APABILA berkata mengenai peranti dengan pembatalan bunyi bising atau hingar, kebanyakan jenama menggunakan teknologi ini yang disesuaikan ke dalam peranti pintar mereka.
Walau bagaimanapun, semua itu bakal berubah apabila HUAWEI memperkenalkan fon kepala berkualiti tinggi, HUAWEI FreeBuds Studio dan kolaborasi kaca mata pintar dengan trend Korea, iaitu HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II.
Jadi, bagaimana fon kepala sulung HUAWEI dapat mengatasi pesaingnya? Ini jawapannya!
Sumber YouTube Huawei Mobile MY
3 perkara utama fon kepala HUAWEI FreeBuds Studio amat mengagumkan:
1. Bunyi setanding studio & pembatalan bunyi bising terbaik
Dengan menggunakan sistem akustik tahap Hi-Fi, HUAWEI FreeBuds Studio menawarkan jarak tindak balas frekuensi ultra-lebar dari 4Hz hingga 48 kHz. Sebagai perbandingan, tindak balas frekuensi (FR) bagi fon kepala biasa selalunya antara 20Hz dan 20 kHz. Ini bererti HUAWEI FreeBuds Studio memberikan perincian audio mendalam ketika anda mendengar muzik beresolusi tinggi.
HUAWEI FreeBuds Studio mempunyai seni bina akustik yang mengasingkan bunyi yang mana kedalaman pembatalan kebisingan (hingar) pasif maksimum dapat mencapai 40dB. Ia juga menggunakan pembatalan bunyi aktif dinamik pintar (ANC) untuk mengesan perubahan persekitaran dan memilih mod yang sesuai untuk pengguna. Mod Ultra, ‘Umum’ (General) dan ‘Nyaman’ (Cosy) membuatkan anda kekal fokus walau di mana-mana sahaja.
Selain itu, fon kepala ini juga dilengkapi mod ‘Kesedaran’ dan ‘Suara’ yang mana dapat mengurangkan suara di sekeliling dan meningkatkan suara manusia. Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencabut fon kepala apabila ingin berbual dengan sesiapa sahaja.
2. Penyambungan & interaksi pintar
Penyambungan tidak lagi terhad kepada sambungan satu peranti sahaja tetapi kini merangkumi sambungan antara peranti. HUAWEI FreeBuds Studio menerobos pengalaman penyambungan pintar dengan teknologi penyambungan dan memecahkan sempadan antara sistem peranti yang berbeza untuk menyokong sambungan serentak.
Dengan peralihan antara peranti yang lancer dengan Bluetooth antena dwi yang pertama dan kawalan pintar, anda bersedia untuk menggunakannya dengan cara tersendiri dan kekal berhubung.
Hayat bateri juga tidak menjadi masalah.
Apabila ANC dimatikan, sekali caj membolehkan anda mendengar sehingga 24 jam dengan HUAWEI Freeuds Studio atau selama 20 jam apabila ANC dihidupkan. Kehabisan bateri? Pengecasan pantas 10 minit memberikan anda 8 jam untuk memainkan semula muzik apabila ANC dimatikan.
3. Reka bentuk & keselesaan
HUAWEI FreeBuds Studio diilhamkan daripada reka bentuk gramofon. Ia dicipta seperti reka bentuk cuping telinga (ear cup) yang dibuat dengan garis dan lingkaran sederhana bagi mengelakkan bentuk dan struktur yang rumit serta menampakkan ciri minimalis dengan penampilan sempurna.
Reka bentuknya yang tidak sarat pasti membezakannya daripada kebanyakan fon kepala. Si pemakai juga akan merasakan pengalaman lebih terjamin, selesa, indah dengan fleksibiliti yang ditawarkan. Tambahan, ruang telinga lebih luas dan bantal (ear pad) telinga yang lembut.
HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II
Selain daripada fon kepala, Huawei terus kreatif dengan mengadakan kolaborasi bergaya bersama jenama kaca mata Gentle Monster buat kali kedua! Membawakan HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II yang baharu dan dipertingkatan bersama-sama audio pintar dan fesyen terkehadapan.
Sumber YouTube Huawei Mobile MY
4 perkara utama yang perlu anda tahu mengenai kaca mata ini:
1. Keselesaan
HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II menggunakan teknologi sofistikated ke dalam peranti canggih untuk memastikan pelipisnya langsing dan seluruh badan lensa tidak mempunyai butang atau port. Ini menjadikan reka bentuknya bergaya dan bersahaja.
Pelipis (temple) ramping diperbuat daripada plastik titanium yang lebih ringan dan kurang padat. Permukaannya dilapisi dengan kemasan berkilat tinggi yang memberikan tekstur keseluruhan penampilan yang hangat dan berkilau untuk memastikan keselesaan serta rasa inovasi dan gaya.
Untuk menawarkan pengalaman memakai yang lebih selesa, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II menggunakan engsel titanium yang lebih fleksibel untuk menghubungkan bingkai ke pelipis supaya menyokong bukaan 12 darjah.
Sudut lengkung pelipis dinaikkan menjadi 20 darjah dari 12 darjah yang menawarkan muat yang lebih baik dan fleksibel. HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II juga memiliki permukaan sentroid (centroid) di tengah-tengah pelipis dan penyambung (bridge) untuk mengurangkan tekanan pada hidung pengguna atau telinga.
2. Teknologi dipertingkatkan
Dari segi kualiti suara, Eyewear II membawa peningkatan menyeluruh berbanding generasi sebelumnya. Menampilkan pembesar suara amplitud yang sangat tipis, amplitudnya telah meningkat 100% berbanding generasi sebelumnya yang menawarkan rangkaian vokal lebih luas serta pengalaman muzik yang lebih mendalam dengan perincian lebih mendalam.
3. Peningkatan privasi
HUAWEI X GENLTE MONSTER Eyewear II menyokong teknologi medan suara terbalik yang baharu dan menambah reka bentuk lubang kebocoran pada pelipis yang dapat mengimbangi gelombang suara berarah dari rongga suara dengan berkesan untuk mengurangkan kebocoran suara sehingga 12dB. Bersama-sama teknologi kelantangan adaptif, pengguna tidak perlu risau sama ada orang lain dapat mendengar apa yang mereka dengarkan.
4. Kawalan Sentuhan Serbaguna
Cermin mata pintar dengan kawalan pintar! Setiap kawalan di hujung jari anda seperti untuk berpasangan (pairing), tekan dua kali untuk memainkan lagu, menjawab panggilan, pembantu suara dan leret untuk menyesuaikan kelantangan dan langkau.
Sentiasa SATU dengan HUAWEI
Huawei melancarkan rangkaian peranti yang sesuai untuk gaya hidup harian anda seperti HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II, Studio FreeBuds, FreeLace Pro dan FreeBuds 3i. Isi masa lapang kepada sukan sehingga ke peminat muzik, Huawei menjadikan anda semua keutamaan dalam memberikan kehidupan pintar AI yang lancar.
Tersedia Esok!
Rebut kedua-dua produk yang akan dilancarkan esok secara dalam talian di HUAWEI Store dan semua HUAWEI Experience Stores di seluruh negara. Dengan harga RM1,199 dan RM1,799, aksesori menarik pasti menjadikan hari anda lebih cerah.
#HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II #HUAWEI FreeBuds Studio #HUAWEI tech #Huawei Technologies #HUAWEI Smartphone #eyewear #smartphone #earphone #earbuds #Kaca mata #cermin mata #fon kepala #fashion eyewear
;