Kehidupan seks yang baik mampu turunkan tekanan darah seperti ambil pil - Kajian

Agensi
Januari 28, 2019 10:53 MYT
Lapor pengkaji dari Georgia State University lebih seronok pengalaman bersama pasangan, lebih rendah tekanan darah seseorang pada hari berikutnya. - Gambar hiasan
Menjalani kehidupan seks yang baik bersama pasangan anda secara berterusan didapati mampu menurunkan tekanan darah seseorang.
Lapor kajian sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat, hasil ujian mereka ke atas beberapa sukarelawan, tekanan darah berjaya dikurangkan sehingga 13 peratus, sehari selepas sukarelawan mereka mengadakan hubungan seks.
Kesannya juga hampir sama dengan mereka yang mengambil pil untuk mengurangkan darah tinggi, kata laporan itu lagi, lapor the Daily Mail.
Lapor pengkaji dari Georgia State University lebih ‘seronok’ pengalaman bersama pasangan, lebih rendah tekanan darah seseorang pada hari berikutnya.
Ini dakwa kajian itu, diperolehi kerana aktiviti seks memanupulasi 'hormon berpelukan' (cuddle hormone) oxytocin yang membantu mengurangkan tekanan.
Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Sexual Medicine antara lain menggunakan sukarelawan yang dipasang dengan alat pemantau denyutan jantung.
Sejauh mana kebenaran kajian itu masih lagi diuji, sebelum dimuktamadkan.
#Amerika Syarikat #Georgia State University #Kajian #penyelidikan #saintis #seks #tekanan darah tinggi
;