Kehadiran Pikachu meriahkan pemburuan Pokemon di Taman Jaya

Azyyati Ahmad
Ogos 21, 2016 16:10 MYT
Kehadiran watak-watak raksasa comel yang 'berkeliaran' menarik minat puluhan pengunjung ke taman rekreasi di sini. -Gambar fail
Tapak rekreasi Taman Jaya di Petaling Jaya yang dahulunya sepi kerana kurang pengunjung kini berubah wajah.
Namun kemeriahan yang dirasai bukan kerana meningkatnya kalangan yang datang beriadah, sebaliknya kerana kehadiran beberapa 'raksasa comel' yang menjadi tarikan sekumpulan 'pemburu'.
Raksasa yang dimaksudkan ialah makhluk maya daripada aplikasi permainan mudah alih yang menjadi fenomena masa kini, Pokemon GO.
Kehadiran watak-watak raksasa comel yang 'berkeliaran' menarik minat puluhan pengunjung ke taman rekreasi di sini.
Tidak hairanlah apabila puluhan pemburu Pokemon mula memenuhi segenap pelusuk taman rekreasi dengan harapan dapat memerangkap sebanyak mungkin raksasa comel pada telefon bimbit mereka.
Antara watak yang menjadi tarikan utama dalam permainan ini ialah Pikachu, raksasa berwarna kuning seakan tikus yang juga merupakan ikon permainan Pokemon GO.
Watak Pikachu ini menjadi kegilaan pemain apabila ia merupakan antara raksasa comel yang paling sukar dijumpai dalam permainan tersebut.
Salah satu Pikachu yang muncul - Foto Astro AWANI
Perkongsian di media sosial tentang kemunculan raksasa kuning Pikachu di Taman Jaya lantas menghidupkan semula taman rekreasi yang dahulunya mati.

Taman Jaya lakeside right now #PokemonGO pic.twitter.com/icVqyCfmOz

— shakir (@ShakirAmeer) August 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@PokemonGoAppMY @PokemonGoMY the amount of pikachu is insane at taman jaya pic.twitter.com/olqArRxFEZ

— zawirasyraf (@zawirasyraf) August 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I used to come taman Jaya for do workout n yoga but I never saw this much ppl doing exercise.. Now Pokemon go making them walk

— maathavi kanniah (@maathavi_k) August 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wahhh!! Sesampai taman jaya, pj terus dapat pikachuuuu!

— Cik Senah Ronggeng (@ciksenah) August 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata orang ramai yang ditemui mengaku kehadiran mereka adalah untuk mengumpul watak Pikachu di situ selain selesa dengan keadaan taman yang redup dan selamat untuk beriadah.
Dalam tinjauan Astro AWANI pada Ahad, lebih 50 pengunjung hadir bersama teman dan keluarga untuk berkelah dan bersenam sambil bermain Pokemon GO.
Keadaan di Taman Jaya sekitar 11 pagi Ahad - Foto Astro AWANI
Menurut pengunjung yang ditemui, sejak kebelakangan ini, taman ini akan dibanjiri lebih banyak pemain pada waktu petang dan malam kerana dikatakan lebih banyak Pokemon akan muncul pada waktu tersebut.
Apa yang pasti, permainan yang menimbulkan kontroversi ini sedikit sebanyak dapat merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan itu di samping menggalakkan budaya hidup sihat.
#Pikachu #Pokemon GO #raksasa comel #Taman Jaya #taman rekreasi
;