Ke Hanoi untuk sokong Harimau Malaya? Jom melancong sekali!

Hamzah Hamid
Disember 10, 2018 11:39 MYT
Landasan kereta api yang membelah bangunan usang di Hanoi ini sudah menjadi 'buruan' peminat fotografi. - www.unsplash.com
SEMANGAT untuk menyokong pasukan negara dalam pusingan kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pada 15 Disember tentunya 'menerbangkan' ribuan warga Malaysia ke bumi Vietnam.
Selain menghabiskan tenaga bersorak di Stadium My Dinh dan mengharapkan kemenangan untuk skuad Harimau Malaya pimpinan Tan Cheng Hoe, kunjungan ke Hanoi bersama rakan-rakan mahupun keluarga tentunya boleh dimanfaatkan juga untuk menikmati detik percutian singkat.
Inilah masanya mengenali dan mendalami suasana, budaya, tarikan alam, sejarah, seni bina mahupun gastronomi di kota usang yang banyak mempamerkan pengaruh gabungan Asia Tenggara, China dan Perancis itu.
Paling penting, jika berkesempatan nanti, dedikasikan waktu anda untuk meneroka kepelbagaian warna-warni dan gaya hidup masyarakat tempatan. Jika berkemampuan, ikuti juga program jelajah yang ditawarkan untuk anda menikmati tarikan pelancongan di Vietnam.
Oh ya, jangan lupa memesrakan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang tempatan. Belajarlah cara menyapa menggunakan kata ‘Chao!’ (sebutan = ci-au), dan ucapkanlah terima kasih dengan menyebut ‘Cam On’ (sebutan = kam-en).
LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI:
KETIKA BERBELANJA:
KETIKA DI JALANAN
MELAWAT RUMAH IBADAT
BUDAYA TEMPATAN
Sementara itu, berikut adalah beberapa akaun Instagram berkaitan Hanoi, Vietnam yang anda boleh ikuti sebagai inspirasi dan rujukan percutian anda:
#budaya #hamztravels #Hanoi #harimau Malaya #pelancong #pelancongan #rakyat Malaysia
;