'Kau asal mana' jadi bahan usikan netizen di laman sosial

Madiha Abdullah
Oktober 10, 2015 10:00 MYT
Ramai juga yang mereka jawapan tersendiri berhubung soalan tersebut.
Sebuah klip video yang memuatkan rakaman audio tentang pertanyaan asal-usul rakyat Malaysia mula viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Tidak dapat dipastikan dari mana dan siapa merakamkan audio tersebut, namun cara ia mempersendakan pertanyaan yang biasa diajukan rakyat Malaysia itu cukup mencuit hati.
Dalam video tersebut, beberapa contoh jawapan diberikan kepada soalan "kau asal dari mana"? mengikut negeri masing-masing.
Antara negeri yang disebut ialah Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah.
Jawapan yang diberikan pula menggunakan bahan yang kebiasaannya mewakili negeri terbabit.
Sebagai contoh, jawapan untuk mereka yang berasal Kedah adalah "takkan orang Kedah nak letak padi atas kepala baru nampak macam orang Kedah".
Secara tidak langsung, ramai yang menjadikannya bahan untuk mengusik sahabat dan rakan di media sosial.
Tidak kurang juga yang mereka jawapan tersendiri berhubung soalan tersebut.

"kau asal mana?" APA INGAT AKU KENA BGITAHU SEMUA ORANG KE AKU ASAL MANA? HAA MARAH MARAH MARAH AH WAN AOK BUSUK HA NANGIS!

— zx (@_fauzanns) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kau asal mana? Selangor Asal tak mcm selangor? Sunway Pyramid, belakang rumah aku. Percaya tak?PERCAYA TAK???!!! @twt_selangor

— Che' Melur (@KerolAriffSaid_) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kau asal mana ? " asal kau nak tahuu ? " . . Haa , sentap sentap ! '

— dddd (@tordparker12) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Abang Faizal Tahir asal mana?" "Asalamualaikum dunia assalamualaikum duniaaa!"

— Matluthfi90 (@Matluthfi90) October 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kau asal mana?" "Indonesia" "Tak nampak macam Indonesia pun" "Kan gue udah bawak jerebu datang sini, kok tak nampak lagi" Haa Marah Marah!

— Izram. (@izramzamryy) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bila org tanya "Kau asal mana?" Kita asal dari tanah diciptakan Allah dan kita akan kembali kepadaNya... Haa insaf!!! Insaf!! Haa insaf!!!

— Stay Qowiy (@Khalifah_jr) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Asal mana?" "Johor" "Tak nampak mcm orang Johor pun?" "Huhu. Abis kau nk aku berbual mcm mana ek?" "Ok-ok orang Johor" /p>— (@Asyrafeel) October 9, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Asal mana?" "Sarawak" "Tak macam orang sarawak pun" "Dah tu takkan nak letak poster kek lapis sarawak baru macam orang sarawak" Maroh!

— Ammierulmuhamad (@Ammierulmd) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Temerloh Datuk Nasrudin Hassan turut menggunakan konsep yang sama untuk menjawab soalan tentang parti yang diwakilinya dalam satu status di Facebooknya, baru-baru ini.

Kalau saya musafir ke luar negara, orang mesti tanya saya, awak ni sokong parti mana ? Saya pun jawab, saya ni orang...

Posted by Nasrudin Hassan on

Kalau saya musafir ke luar negara, orang mesti tanya saya, awak ni sokong parti mana ? Saya pun jawab, saya ni orang...

Posted by Nasrudin Hassan on Wednesday, October 7, 2015
#budaya #gaya hidup #hiburan #Malaysia
;