Karipap inti bawang paling popular Ramadan 2017
Gempak
Jun 15, 2017 22:13 MYT
Jun 15, 2017 22:13 MYT
SETIAP kali bulan Ramadan pasti akan ada kisah menarik yang dikongsi pengunjung bazar tentang makanan pelik yang dijual di bazar Ramadan.
Kali ini kecoh apabila seorang pemuda berkongsi gambar karipap yang dibeli di bazar Ramadan tetapi hanya berintikan sebiji bawang kecil.
Pemuda tersebut bagaimanapun tidak menyatakan lokasi karipap itu dijual.
Perkongsian tentang karipap bawang itu telah mendapat perhatian ramai dan dikongsi sebanyak lebih daripada 16 ribu pengguna Twitter.
nak tahu tak apa lagi teruk daripada karipap inti angin/oksigen?? KARIPAP INTI SEBIJI BAWANG!! pic.twitter.com/aZ2dbi5LEl
— ris (@hrsrf) June 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang tidak jujur dan peka terhadap kualiti makanan yang dijual.
Malah ada juga yang berpendapat bahawa karipap bawang ini lebih teruk daripada karipap ‘angin’ yang pernah tular suatu masa dahulu.
Selain itu, ada juga pengguna laman sosial yang menyindir peniaga tersebut kerana telalu ‘bermurah hati’ dengan memberi sebiji bawang kepada pembelinya.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Kredit : Twitter @hrsrf