'Kanak-kanak paling cantik' kini dinobat wanita paling cantik di dunia

Madiha Abdullah
Disember 31, 2018 09:30 MYT
Blondeau, pada usia 10 tahun (kiri) dilabel kanak-kanak tercantik, dan setelah dewasa (kanan) menerima gelaran wanita tercantik. - Foto Instagram
PERAGAWATI yang pernah dilabel sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia pada usia enam tahun, Thylane Blondeau, kini dinobat wanita paling cantik di dunia.
Pengiktirafan itu diberikan kepada Blondeau, 17 tahun, oleh salah satu portal gaya hidup paling besar di dunia, TC Candler.
Pemilihan Blondeau bukanlah satu kejutan kerana wajah jenama pakaian Juicy Couture itu sudah mula memperaga secara profesional sejak usia 10 tahun.
Blondeau, anak kepada pasangan pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen, Veronica Loubry, dipilih sebagai penghias muka depan majalah Vogue Perancis pada usia 10 tahun.
Di tempat kedua adalah bintang pop Taiwan, Tzu-yu, diikuti peragawati Israel, Yael Shelbia.
Pemenang tahun lalu dari Filipina, Liza Soberano, disenarai di tempat keempat.
Bagi kategori lelaki paling kacak pula, ia diungguli Aquaman, Jason Momoa, manakala ahli BTS, Jungkook dan pelakon Idris Elba, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Mereka yang berada dalam kedua-dua senarai ini dipilih daripada lebih 85,000 calon dari seluruh dunia.
TC Candler telah menerbitkan senarai paling cantik dan paling kacak tahunan sejak 1990, yang dikeluarkan oleh komuniti yang dipanggil "The Independent Critics" serta maklumat dari masyarakat.
#Jason Momoa #lelaki paling kacak #Liza Soberano #model #peragawati #TC Candler #Thylane Blondeau #Tzu-yu #Vogue #wanita #Wanita Paling Cantik
;