Kanak-kanak jahit anak patung untuk bahagiakan kanak-kanak lain
Agensi
Februari 23, 2018 16:52 MYT
Februari 23, 2018 16:52 MYT
ADA sesuatu yang istimewa tentang gadis cilik berusia sembilan tahun bernama Charlotte Gould yang menubuhkan sebuah syarikat menjahit anak patung.
Koleksi anak patung yang dihasilkan oleh syarikat yang dinamakan Stitches by Charlotte itu istimewa kerana ia ditubuhkan khas untuk kanak-kanak yang sedang menjalani pembedahan.
Charlotte sendiri pernah melalui empat pembedahan yang mendorong dirinya untuk melegakan keresahan kanak-kanak seusia dengannya melalui prosedur pembedahan yang menakutkan.
“Saya selalu membayangkan kanak-kanak di hospital memegang dan bermain dengan anak patung yang saya jahit. Sekiranya anak patung itu berjaya membuat mereka tersenyum dan mengurangkan ketakutan mereka untuk menjalani pembedahan, maka saya sudah berjaya,” katanya seperti yang dilaporkan abc.news.
Asas dasar itu, dia terpanggil untuk 'menghiburkan' sekali gus mengurangkan ketakutan kanak-kanak yang ingin menjalani pembedahan.
Dia sehingga kini telah mengumpul kira-kira $50,000 (RM190,000) melalui jualan dan hasil derma di internet sekaligus membantunya untuk mengembangkan syarikat.
Bagi Charlotte, sumbangan yang diberikan tidak hanya sekadar angka. Ia adalah tentang bagaimana sumbangan berkenaan mampu memberikan senyuman kepada kanak-kanak yang menurutnya lebih berharga dari segalanya.
#anak patung
#Charlotte Gould
#Hospital
#jahit
#Kanak-kanak
#online
#perniagaan atas talian
#rawatan
#Stitches by Charlotte