Kanak-kanak 11 tahun, Chan May Yi, catat nama dalam Malaysia Book of Records

Fareez Azman
Disember 7, 2021 14:53 MYT
Datuk Dr Mah Hang Soon mengadakan pertemuan bersama Chan May Yi baru baru ini selepas kanak-kanak terbabit berjaya mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siapa sangka, baru berusia 11 tahun namun sudah berjaya mencatatkan nama di Malaysia Book of Records.
Itu kejayaan Chan May Yi, kanak-kanak dari Sekolah Sri KDU Kota Damansara, yang berjaya mencatatkan rekod 106 gaya peragaan dalam tempoh satu minit.
Penyerahan plag Malaysia Book Of Records kepadanya disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon dalam satu majlis baru baru ini.
Bukan hanya memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain, malah May Yi juga pernah mendapat penganugerahan Rising Star in Malaysia Next Top Kid Entrepreneur 2019.
Tidak terhenti di dunia peragaan, May yi juga pernah muncul juara dalam Asia Young Talent 2018 bagi kategori peragaan dan naib juara bagi kategori nyanyian.
Sudah tentu kejayaan May Yi ini, boleh dijadikan pembakar semangat kepada kanak kanak di luar sana agar terus mengejar cita-cita dan impian mereka seterusnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
#Chan May Yi #inspirasi #Dr Mah Hang Soon #Malaysia Book of Records
;