Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus
AFP
Jun 17, 2013 10:49 MYT
Jun 17, 2013 10:49 MYT
Lelaki yang memilih wanita lebih muda mungkin telah menyebabkan fenomena menopaus tehadap wanita, menurut satu kajian oleh penyelidik Kanada yang dikeluarkan minggu ini.
"Jika wanita produktif sejak dari mula, dan tidak ada keutamaan terhadap wanita tua, wanita akan produktif keseluruhan kehidupan mereka seperti lelaki," kata evolusi genetik Rama Singh, seorang profesor di Universiti McMaster.
Singh berkata “teori nenek” (“grandmother theory”), yang berpendapat bahawa wanita yang lebih tua mandul supaya mereka dapat membantu kehidupan kaum kerabat mereka dengan membantu kehidupan anak-anak mereka, tidak masuk akal kepadanya.
Berbanding usia yang membawa kepada kemandulan, Singh berteori bahawa semakin berkurangan lelaki berpasangan dengan wanita lebih tua - kerana ramai lelaki lebih tua berusaha untuk mengawan dengan wanita muda - membawa kepada kekurangan pembiakan yang membawa kepada menopaus.
Hasil kerjanya disokong oleh model komputer, menunjukkan bahawa lelaki memilih pasangan wanita muda boleh membawa kepada pengumpulan mutasi genetik yang akan menjejaskan kesuburan wanita dan membawa kepada menopaus.
Kajian tersebut dikeluarkan pada Khamis dalam capaian terbuka, jurnal semakan rakan PLOS Computational Biology.
Tidak semua pakar yakin terhadap Singh, yang mempersoalkan mengapa menopaus kelihatan sebagai fenomena manusia.
“Saya tidak boleh bersetuju dengan teori yang dikemukakan," kata Steven Goldstein, profesor obstetrik dan ginekologi di New York University School of Medicine.
"Terdapat primat lain yang mengalami pengalaman menopaus, walaupun jangka hayat selepas menopaus adalah sangat terhad," kata Goldstein, yang tidak terlibat dalam penyelidikan.
"Perkara yang sama adalah benar terhadap manusia sehingga kira-kira tahun 1850-an. Pada tahun 1850 purata umur mereka yang menopaus adalah 46 dan jangka hayat hidup adalah 50, yang lebih dekat kepada monyet atau gorila.
Sebaliknya, penjelasan yang lebih tepat ialah kemajuan saintifik seperti pembersihan air dan antibiotik telah membawa kepada hidup yang lebih panjang bagi manusia, katanya.
"Pemberhentian keupayaan pembiakan dalam primat yang datang tidak lama sebelum jangka hayat berakhir. Ia hanya kemajuan masyarakat moden yang membolehkan wanita yang hidup lebih lama," katanya kepada AFP.