Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Amanz
Mac 14, 2025 09:40 MYT
Mac 14, 2025 09:40 MYT
Sejak Touch ‘n Go eWallet memperkenalkan ciri TapSecure pada 2023, ia hanya digunakan untuk pengesahan transaksi dana dalam dompet digital sahaja.
PENGGUNA kad Visa Touch ‘n Go eWallet akan dapat menggunakan ciri TapSecure untuk melakukan pengesahan transaksi mereka bermula 17 Mac depan.
TapSecure akan menggantikan sistem SMS OTP yang digunakan sebelum ini.
Menerusinya transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dipasang pada peranti pintar.
Dengan tidak lagi bergantung kepada SMS OTP, transaksi dapat dilakukan dengan lebih selamat tanpa risiko mendedahkan pengguna kepada SMS yang mengandungi pautan perisian hasad yang kini digunakan oleh pelbagai sindiket penipuan atas talian.
Untuk menggunakan TapSecure, hanya satu akaun TNG eWallet boleh disambungkan ke satu peranti pada satu masa.
Ciri TapSecure telah diperkenalkan oleh Touch ‘n Go eWallet sejak 2023 dengan ia sebelum ini hanya digunakan untuk pengesahan transaksi dana dalam dompet digital sahaja.