Kad raya pintar; pencetus suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
Syafik Shukri Jalil
Mei 22, 2017 16:29 MYT
Mei 22, 2017 16:29 MYT
PENGGUNAAN kad raya tidak lagi mendapat sambutan seperti suatu masa dahulu, dan pasti anda merindukan momen-momen, saat anda menulis kad raya untuk dikirimkan kepada keluarga dan sahabat handai.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila syarikat Pos Malaysia mencipta inovasi kad raya baru bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Poskad animasi Aidilfitri ini akan mula dijual hari ini dan anda boleh mendapatkannya di pejabat pos berhampiran.
Berkonsepkan 'augmented-reality' kad raya yang berharga RM6.25 ini akan muncul dalam bentuk 3D di skrin telefon bimbit anda.
Sumber: YouTube
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi AR-Poskad dan letakkan kad ini seolah-olah ingin mengambil gambar dan kad tersebut akan mengeluarkan animasi Aidilfitri beserta lagu dan takbir raya.
Jadi, untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri anda, jangan lupa untuk dapatkan poskad terbaharu ini.