Jutawan muda mencari pembantu peribadi, sanggup bayar RM144,214
Agensi
Mac 23, 2019 13:17 MYT
Mac 23, 2019 13:17 MYT
Seorang jutawan muda sanggup membayar A$50,000 (RM144,214) kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi pembantu peribadinya.
Matthew Lepre, 26 tahun, seorang ahli perniagaan secara dalam talian, menjelajah ke serata dunia untuk berkongsi pengalamannya dalam perniagaan.
Menerusi entrinya di laman YouTube, video yang berdurasi selama 56 saat itu memperlihatkan Lepre membuat pengumuman mencari pekerja yang sanggup menjadi pembantu peribadinya.
Video yang bertajuk 'The World's Coolest Job' itu memperoleh sebanyak 17,747 tontonan dan 430 kongsian serta mendapat lebih 730 komen selepas tiga hari dimuat naik.
Selain daripada gaji yang lumanyan, pembantu peribadinya juga berpeluang melancong ke seluruh dunia secara percuma.
“Siapa yang layak akan diberi gaji yang lumayan di samping faedah kesihatan serta dapat melancong ke seluruh negara dan semua kos perjalanan dan penginapan ditanggung oleh syarikat,” kata Lepre.
Sumber YouTube/Matthew Lepre
Lepre memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya A$120,000 (RM346,113) sebulan dengan hanya bekerja menggunakan komputer ribanya sahaja.
Calon-calon yang memohon perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Lepre.
Antara syarat yang ditetapkan adalah berkeupayaan melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, menyusun atur jadual dan perjalanannya, mempunyai pengetahuan luas serta mahir menggunakan media sosial dan paling penting memiliki pasport yang belum tamat tempoh.
Sebelum ini Lepre, pernah direkodkan mempunyai hutang sebanyak A$40,000 (RM115,371) kerana tidak membayar pinjaman pelajarannya dan mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan e-dagang.
Dia kini mempunyai empat buah perniagaan secara atas talian yang telah berkembang pesat ke serata dunia seperti Jepun, Dubai dan Hawaii.
#atas talian
#E-dagang
#Matthew Lepre
#pembantu peribadi
#Seorang jutawan muda
#The World's Coolest Job
#YouTube