Jus durian belanda tak boleh cegah kanser - Dr Amalina Bakri
Gempak
Ogos 27, 2018 22:10 MYT
Ogos 27, 2018 22:10 MYT
MENERUSI akaun Twitter, pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Dr Amalina Bakri tampil membuat kenyataan menafikan dakwaan kebanyakan rakyat Malaysia yang mengatakan jus durian belanda mampu merawat kanser.
Menurut Amalina, jika benar buah tersebut dapat merawat kanser, dia tidak perlu bersusah payah melakukan penyelidikan bersama rakan-rakan untuk mencari penawar penyakit itu.
"Obsesi terbaru masyarakat Malaysia, ramai yang berkata durian belanda boleh merawat kanser, tidak! durian belanda tidak dapat menyembuhkan kanser.
"Kepada 'founder' dan jurujual, takda salah kalau nak mencari rezeki, tapi janganlah sampai menjejaskan kesihatan orang lain.
"Kalau durian belanda boleh rawat kanser, tak payah lah saya buat penyelidikan kanser," tulisnya.
Terdahulu, seorang selebriti telah meluahkan rasa terkilannya kerana produk jus durian belanda keluarannya didakwa menjadi punca kematian seseorang individu.
Namun begitu, selebriti itu menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
#amalina bakri
#antikanser
#jurujual produk
#jus durian belanda
#kanser
#obsesi masyarakat Malaysia
#pelajar cemerlang SPM tahun 2004