Jom menyumbang di Kempen Kitar Semula Barangan Fabrik

Astro Awani
Mei 23, 2019 11:14 MYT
Antara barangan fabrik yang boleh disumbang adalah seperti kain buruk, langsir, kasut, tali pinggang, tekstil isi rumah, pakaian, kain perca dan sebagainya.
ANDA ada pakaian lama yang tidak dipakai tetapi masih elok dan sayang untuk membuangnya.
Ini peluang anda untuk melakukan amal kebajikan dengan menyumbang pakaian atau fabrik terpakai yang tidak diperlukan lagi kepada Bursa Malaysia.
Sempena bulan Ramadan ini, Bursa Malaysia dengan kerjasama Astro AWANI serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain akan mengadakan satu Kempen Kitar Semula Barangan Fabrik bagi menyeimbangi ekosistem alam.
Antara barangan fabrik yang boleh disumbang adalah seperti kain buruk, langsir, kasut, tali pinggang, tekstil isi rumah, pakaian, kain perca dan sebagainya.
Jadi jom ramai-ramai kita menyokong usaha ini dengan menyumbang barangan fabrik pada 25-26 Mei 2019 (Sabtu dan Ahad) bertempat di bangunan utama Bursa Malaysia.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor yang tertera pada poster atau emelkan kepada ask@klotcom.my
#Astro Awani #barangan terpakai #Bursa Malaysia #Kempen Kitar Semula Barangan Fabrik #mengadakan kempen #menyeimbangi ekosistem alam #menyumbang #NGO
;