'Jika ISIS adalah Islam, jadi keldai ini adalah jenama kereta mewah'
Madiha Abdullah
November 23, 2015 18:27 MYT
November 23, 2015 18:27 MYT
Jangan kaitkan sesebuah logo atau sentimen dengan sesebuah agama.
Itu yang cuba disampaikan oleh seorang rakyat Singapura apabila memuat naik sekeping gambar seekor keldai dengan logo jenama kereta mewah Mercedes.
Dalam gambar itu, pengguna Facebook yang menggunakan nama Maidin Packer itu turut meletakkan kapsyen dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud "Jika ISIS adalah Islam, maka ini adalah sebuah Mercedes."
Tambahnya, membawa satu logo tidak menjadikan anda wakil kepada satu-satu jenama.
Dalam komennya pada status itu, Maidin turut menjelaskan ISIS menjadi salah satu punca kepada kemusnahan yang berlaku di dunia.
Ini kerana apa yang dilakukan ISIS membuatkan lebih ramai memberi anggapan yang salah apabila melihat Islam sebagai satu agama atau kepercayaan yang perlu dimusnahkan. Ia sekaligus menjadikan negara-negara Islam seperti Iraq dan Syria sebagai mangsa.
Status dan gambar itu telah dikongsi lebih 2,000 kali.