Jika ada anak kecil di rumah, disarankan tukar tuil jenis pemegang

Pa and Ma
November 6, 2021 09:53 MYT
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol. - Foto Pa&Ma
MEMBUKA dan menutup pintu selalu menjadi kesukaran pada anak kecil kita, lebih-lebih lagi tombol jenis bulat yang sedikit menyukarkan anak.
Rupanya penggunaan pintu di rumah kita juga perlu ditukar supaya mesra alam dan paling penting untuk kesihatan anak-anak kecil kita, tidak terkecuali ibu bapa kita yang sudah tua.
Ini tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, doktor perubatan rehabilitasi.
Jika kalian ada niat untuk menukar pintu bilik di rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama.
Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibu bapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

#tuil #santai hujung minggu #tombol pintu #pemegang
;