Jelitawan Denmark bergelar Miss Universe ke-73
Agensi
November 18, 2024 09:10 MYT
November 18, 2024 09:10 MYT
MEXICO CITY : Victoria Kjær Theilvig dari Denmark dinobatkan sebagai Miss Universe.
Kjaer yang berkelulusan peguam perlindungan haiwan yang bekerja dalam perniagaan penjualan berlian mengenepikan peserta dari Nigeria pada pertandingan akhir Miss Universe edisi ke-73 di Mexico City.
Sementara, peserta tuan rumah pula menduduki tempat ketiga.
Pada pertandingan itu juga, peserta Thailand, Suchata “Opal” Chuangsri, menduduki tempat keempat, manakala wakil Venezuela menduduki kedudukan 5 Terbaik.
Ini merupakan kali pertama peserta Denmark memenangi mahkota Miss Universe.
Penganjur berkata, terdapat lebih 120 peserta disenaraikan dalam pertandingan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada jelitawan-jelitawan dari seluruh dunia.
Pada edisi kali ini, beberapa negara menghantar peserta buat kali pertama antaranya, Belarus, Eritrea, Guinea, Macau, Maldives, Moldova dan Uzbekistan.
Malaysia tidak ketinggalan turut menghantar peserta yang diwakili oleh model dan pelakon Sandra Lim.
Ini merupakan kali ketiga Mexico menjadi tuan rumah acara Miss Universe. - Agensi