Jangan sidai baju basah dalam rumah, tak elok untuk kesihatan

Mingguan Wanita
Oktober 4, 2021 08:32 MYT
Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di pangsapuri dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah. - Gambar hiasan
RASANYA rata-rata daripada kita suka sidai baju dalam rumah. Lebih-lebih lagi, apabila basuh pada waktu malam dan tidak kurang juga yang memang suka jemur di dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.
Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di pangsapuri dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah.
Ada juga yang memberi alasan kerana takut hujan dan tiada orang di rumah. Jalan selamat, jemur sahaja dalam rumah.
Ada sesetengah alasan mungkin boleh diterima apabila sidai baju dalam rumah. Tetapi, sebenarnya ia tidak elok untuk kesihatan diri dan keluarga yang kita tidak nampak.
Ini antara sebab tidak elok sidai baju di dalam rumah dan kesannya yang perlu kita tahu.
1. Penyebab Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.
4. Penyakit Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.
Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah kepada sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita ingat benda ‘simple’ ini okay sahaja. Tetapi, kita tidak tahu apa akan berlaku nanti. Kalau boleh, elak dan jangan biasakan.
Sumber: PetuaIbu
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
#sidai baju #kesihatan #penyakit #racun
;