Jangan sesekali berkira dengan anak, rezeki anak ini tidak pernah putus
Mingguan Wanita
November 21, 2021 10:33 MYT
November 21, 2021 10:33 MYT
APABILA sudah ada anak, apa sahaja ibu bapa sanggup lakukan demi kegembiraan mereka.
Namun, tidak mustahil, ada juga yang berkira dengan anak apabila nak belikan sesuatu pada mereka.
Fikir ibu dan bapa, kalau beli untuk anak-anak, risau duit akan habis atau tidak cukup untuk beli barangan lain.
Sedih sungguh.
Sedangkan kita semua tahu, anak itu adalah rezeki, tidak perlu nak berkira dengan anak. Waima, jika anak mahu beli coklat atau aiskrim, layankan saja.
Dengan cara ini, kita tidak tahu rezeki mak ayah akan bertambah-tambah.
Tidak salah layankan apa yang dimahukan anak dan tidak perlu berkira dengan anak, asalkan ibu bapa mampu beli mengikut kemampuan.
Ada rezeki lebih, kongsi bersama anak. Inilah kebahagiaan dan kepuasan buat ibu bapa apabila tidak berkira dengan anak.
Dalam perkongsian oleh Mohd Fhais Salim, ada tujuh perkara yang ibu bapa tidak seharusnya berkira dengan anak.
“Pernah tak dengar orang tua-tua kata, rezeki anak ini tidak akan pernah putus. Sentiasa ada sahaja.
Kadang tidak disangka, rezeki itu datang tanpa dicari dan tanpa dipinta pun.
Asalkan kita jangan berkira dengan anak pada 7 perkara ni:
1. Makanan
Anak nak makan apa layankan, nak minum apa berikan. Selagi ia tak berbahaya dan memudaratkan bagi sahaja. Jangan cerewet dan berkira sangat bab makanan. Makanan pun rezeki juga.
2. Alat mainan
Semua anak gembira dapat mainan. Tetapi janganlah hari-hari nak kena hadiahkan mainan. Boleh jadikan 'reward' untuk kelakuan baik atau pencapaian anak-anak kita.
3. Pelajaran
Jangan hanya pilih sekolah yang murah, yang dekat, yang senang masuk sahaja tetapi cuba usaha yang terbaik ikut pada kemampuan anak kita. Usaha untuk anak tidak boleh berkira-kira, baru anak usaha beri yang terbaik pada kita.
4. Perlindungan
Untuk anak membesar sihat dan bijak, dia kena rasa selamat dan terjamin. Dia kena tahu bahawa kita boleh jadi “support system” yang dia bergantung harap. Contoh macam 'medical card', itu pun perlindungan. Kalau jadi apa-apa senang, rawatan anak terjamin.
5. Ilmu Keibubapaan
Tidak ada satu pun amal jariah kita yang boleh berkekalan sampai bila-bila, walau setelah kita mati melainkan ilmu yang bermanfaat. Tidak pernah rugi tambah ilmu keibubapaan ni.
Ilmu tanpa amal tu gila, amal tanpa ilmu tu sia-sia. ( Imam Al-Ghazali )
6. Keperluan Harian
Macam baju dan seluar. Ada anak suka pakai baju gambar dinasour, kalau yang gegirl suka gambar pony. Layankan sahaja, asalkan dia gembira. Ada banyak baju budak yang murah, mahu atau tidak mahu sahaja.
7. Jalan-jalan
Selain bermain dan alat mainan, jalan-jalan adalah benda yang paling anak suka. Tidak perlu pergi jauh-jauh, jalan-jalan depan rumah bawa ke taman permainan pun mereka sudah cukup gembira.
Jalan-jalan tu asbab je, sebenarnya anak ini mahu ada 'quality time' dengan kita sahaja. Layankan selagi boleh layan.
Alhamdulillah, ini yang saya amalkan. Rezeki tidak pernah putus.
Daripada pakai kereta kecil sekarang sudah pakai kereta besar. Daripada duduk rumah biasa-biasa sekarang, Allah bagi duduk rumah dua tingkat. Syukur sangat-sangat.
Rahsianya, jangan pernah berkira-kira dengan anak. Itu sahaja!
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak perlu berkira sebab mak ayah pun tumpang rezeki mereka juga. Layankan saja, mengikut kemampuan kita.
Sumber: Mohd Fhais Salim
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !