Jangan sampai samping terlucut Syawal ini!
Hamzah Hamid
Julai 16, 2015 21:30 MYT
Julai 16, 2015 21:30 MYT
DALAM beberapa jam lagi, kita akan bangkit dalam keseronokan Hari Raya Aidilfitri!
Bagi mereka yang menyambutnya, musim perayaan sebegini menjadi alasan terbaik untuk memperagakan pakaian tradisional Melayu.
Begitupun, bagi kaum lelaki, memakai baju Melayu akan nampak tidak sempurna tanpa disertai kain samping – iaitu pelengkap umpama sarong yang tidak seharusnya dianggap sebagai aksesori semata-mata.
Walaupun konsep asas pemakaian kain samping adalah ‘membalut’ tubuh dengan melipat kedua-dua sisi hingga bertemu di bahagian tengah hadapan, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti.
Yang pasti kita tidak mahu adegan samping terlucut berulang lagi sekaligus menjejaskan mood berhari raya.
Tidak perlu khuatir. Penyampai berita Astro AWANI, Rizal Zulkapli sedia menunjukkan cara-cara yang betul dalam mengikat kain samping. Kita saksikan video berikut ini.