'Jangan obses ambil jalan mudah', Amalina kongsi tips kekal sihat
Atiqah Ismail
Jun 26, 2018 14:42 MYT
Jun 26, 2018 14:42 MYT
Dr Amalina mengamalkan minuman air putih serta senaman setiap minggu untuk kekal sihat dan bertenaga.-Foto Instagram/Dr Amalina Che Bakri
Pelbagai jenis air minuman yang dicipta pada hari ini sebagai usaha menambah tenaga serta menjaga kesihatan seseorang itu.
Namun sebaliknya bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri, beliau hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.
Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di 'The Royal College of Surgeons' di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter hari ini.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan menunaikan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
#air detoks
#amal minum air putih
#Dr Nur Amalina Che Bakri
#jalan mudah
#jangan ambil
#obses
#senaman setiap minggu