Jangan lepaskan peluang! Hari akhir untuk lawati kedai 'pop-up' Kate Spade

Gempak
Jun 5, 2022 11:14 MYT
Dibuka sejak 20 Mei lalu bersempena dengan pelancaran kempen Year of Celebration, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di kedai pop-up yang terletak di tingkat 11 hotel berkenaan. -Gempak/Instagram
TIDAK tahu nak ke mana hujung minggu ini? Apa kata luangkan masa ke kedai pop-up Kate Spade di Hotel Journal, Kuala Lumpur.
Dibuka sejak 20 Mei lalu bersempena dengan pelancaran kempen Year of Celebration, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di kedai pop-up yang terletak di tingkat 11 hotel berkenaan.
Masuk secara percuma, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain dengan jenga gergasi, menikmati aiskrim bertemakan musim panas dan juga menyertai pelbagai pertandingan.
Selain itu, anda juga boleh memenangi baucar bernilai sehingga RM3,000 dan peluang untuk menginap di Hotel Journal, Kuala Lumpur.
Bagi menikmati aiskrim secara percuma, anda perlu bermain dengan permainan Summer, sebuah permainan AR yang membolehkan anda untuk beg Kate Spade. Klik pautan ini untuk mencuba.
Selain itu, suasana tingkat 11 Hotel Journal Kuala Lumpur turut diubah suai mengikut tema kempen dan sesuai untuk dijadikan latar bagi gambar-gambar menarik di Instagram anda.
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kedai pop up Kate Spade yang dibuka sehingga hari ini (5 Jun), bermula dari pukul 3 petang hingga 8 malam.
*Artikel asal disiarkan di Gempak

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Kate Spade #Kedai Pop-Up #Hotel Journal
;