Jangan biar anak jadi terlalu manja, biar dia urus sendiri

Mingguan Wanita
Mac 3, 2022 08:18 MYT
Jangan terlampau 'overprotect', bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah. - Foto Mingguan Wanita
Mak ayah mana yang tak sayang anak. Lahir dari benih cinta mak ayah.
Lebih-lebih kalau anak pertama, ditatang bagai minyak yang penuh dan 'overprotect'. Apa yang anak nak semua boleh dan ditunaikan.
Ini belum lagi dari segi penjagaan. Anak kena kemas, tak boleh comot dan serba serbi kena 'overprotect'. Biar mak ayah yang tolong buatkan. Kalau anak menangis, mak ayah cepat-cepat pujuk.
Sebenarnya, cara mak ayah buat itu salah. Jangan terlampau 'overprotect', bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah. Hadam perkongsian daripda Mohd Fhais Salim ini.
'Overprotect' buat anak ‘naik lemak’
Dulu saya jenis yang 'overprotect' sangat
Tak boleh dengar anak menangis sikit, memang tak keruan nak tenangkan dia.
Tapi sekarang lepas dah tahu natijah buruk 'overprotect' ni, terus ubah.
Bahaya tau terlalu overprotect.
1. Anak boleh jadi terlampau manja
2. Dia jadi makin mengada-ngada
3. Tak boleh terima 'rejection'
Memang menangis la jawabnya. Sebab dia tahu, bila menangis, semua boleh dapat.
Itu yang tak tahan, makin lama makin menjadi jadi pula permintaan dia. Tak boleh jadi memang kena ubah.
Sekarang dah kurang 'overprotect' dan kurang 'micromanage'.
Banyak biarkan anak urus diri sendiri (self-manage)
Apabila menangis, ajar dia tenangkan diri sendiri.
Nak apa-apa, ajar dia ambil atau buat sendiri.
Terjatuh sekalipun saya suruh dia bangun sendiri.
Alhamdulillah, nampak banyak perubahan positif.
Anak dah makin matang, makin mudah dengar cakap dan makin pandai berdikari.
Mingguan Wanita: Ajar anak berdikari dan tidak terlalu bergantung pada mak ayah.
Sumber: Mohd Fhais Salim
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
#anak #manja #berdikari #menangis
;