'Jangan bayar challenge' terima kecaman netizen

Kohilah Sekaran
Februari 18, 2019 07:00 MYT
Cabaran #janganbayarchallengge itu diperkenalkan oleh dua sahabat di laman Instagram mendapat kritikan orang ramai di media sosial.
Media sosial kerap dihebohkan dengan pelbagai cabaran yang dilontarkan oleh netizen. Ada yang menerima sambutan dan ada yang menerima kritikan.
Baru-baru ini, cabaran #janganbayarchallenge yang diperkenalkan oleh dua sahabat di laman Instagram juga tidak terlepas daripada kritikan orang ramai.
Sebuah video yang memaparkan cabaran itu dimuat naik di Instagram oleh seorang pengguna akaun, Mohd Zairul Hafizi Khalis pada dua hari yang lalu.
Dalam video tersebut, Zairul bersama rakannya dilihat melarikan makanan dan minuman di beberapa kedai tanpa membayar duit.
Tindakan itu menerima kecaman hebat netizen dengan ada yang menyifatkan ia sebagai satu cabaran yang ‘bodoh’.
Netizen juga menyatakan bahawa tindakan itu boleh dilihat sebagai mencuri dan tidak beretika.

A father gets to serve jailed time for stealing food to feed his hungry kids. But instafamous like this getaway by a STUPID CHALLENGE. Before I screen record this, I read through the comments and they proudly claim they don't pay it back. Stealing is a sin, but they so proud. pic.twitter.com/niCenABf8m

— Sherra Ong (@SherraOng) February 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I seriously reported him on ig under unlawful activity

— Nurul Farhana (@nrlfrhanas) February 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Budak2 skrg mmg kena tunjuk bodoh semata2 nk famous ke apa?

— Nani Muhamad (@nani_mhd) February 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Zairul kemudian tampil memberi penjelasan kisah disebalik rakaman video tersebut.
Menurut Zairul, adegan di dalam video itu sebenarnya dilakonkan semula selepas dia membayar makanan dan minuman yang dilarikannya itu.
“Saya dan seorang lagi rakan saya Muiz buat video tersebut sebagai satu bahan hiburan di Instagram. Lagipun, kami sudah membincang dengan semua yang terlibat dalam video tersebut sebelum dirakam," kata Zairul kepada portal mStar Online.
BACA: 'Tindan Challenge' boleh buat anda merana sepanjang hayat!
BACA: Amaran pada ibu bapa: 'Momo Challenge' galak kanak-kanak bunuh diri?
BACA: "Kalau Pak Nil muda pun tak buat" - Aznil jelas sebab anti Keke Challenge
Menurut Zairul, pihak yang terlibat dalam videonya itu adalah kenalan mereka.
“Mereka semua kawan-kawan saya. Sebenarnya kami membayar dahulu sebelum merakam video itu. Kami juga minta izin mereka untuk berlakon seperti yang dirancang, “katanya.
“Kami memohon maaf. Kami terima segala teguran netizen dengan positif. Ia kesilapan kami untuk membuka ruang untuk mereka mengkritik kami.
"Kami manusia biasa yang lakukan kesilapan."
#cabaran #challenge #Instagram #janganbayar #janganbayarchallenge #Keke Challenge #Media #media sosial
;