#JadilahSepertiRashid: Kartun berbentuk nasihat viral di laman sosial
Madiha Abdullah
Januari 13, 2016 16:56 MYT
Januari 13, 2016 16:56 MYT
BEBERAPA hari ini, nama Rashid tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman sosial.
Semuanya gara-gara istilah dan hashtag #jadilahsepertirashid, dalam kartun-kartun nasihat yang kini memenuhi timeline baik di Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Watak kartun Rashid diinspirasikan daripada kartun Bill, yang popular dengan frasa #belikebill.
'Jadilah Seperti Rashid' bagaimanapun lebih menerapkan tema setempat, bertujuan memberi nasihat dan menyampai mesej berhubung isu semasa dan kehidupan.
Sebuah akaun Facebook 'Jadilah Seperti Rashid' juga diwujudkan, dengan jumlah like menghampiri 100,000, walaupun baru semalam diwujudkan.