Jadikan feed Instagram, TikTok anda lebih estetik!

Haikal Raman
Oktober 2, 2021 08:00 MYT
Kami cadangkan kepada anda beberapa cara agar digelar pemilik Instagram atau TikToker yang estetik. -Gambar hiasan/Unsplash
KANDUNGAN dimuat naik di sosial media termasuk Instagram dan TikTok, selain sebagai arkib peribadi, ia sebenarnya turut menterjemahkan personaliti pemilik akaun tersebut.
Ada juga melihatnya sebagai ‘mirror’ atau pentafsiran apa yang berlaku sehari-hari serta minat individu itu sendiri.
Malah sejak akhir-akhir ini, frasa ‘estetik’ sering menjadi carian dan penggunaan yang popular di media sosial.
Bagi hop in trend, kami cadangkan kepada anda beberapa cara agar digelar pemilik Instagram atau TikToker yang estetik.
Mudah sahaja tapi yang penting perlu ada citarasa ‘artsy’.
Sambil-sambil tekan butang ‘follow’ pada semua platform media sosial Astro AWANI, teruskan scroll artikel ini dan bersantai pada hujung minggu anda!
Pelapik gelas atau cawan Nordic
Menyebut berkaitan Nordic, kita pasti kaitkannya dengan konsep Scandinavian bersama reka bentuk minimalis serta padanan fungsi praktikal.
Bermula dari negara Nordic iaitu Finland, Iceland, Norway, Sweden dan Denmark, gaya dengan reka bentuk kontemporari itu terus popular di Amerika Utara sekitar tahun 60-an.
Stail ‘timeless’ ini pastinya memberi sentuhan yang dinamik kepada penataan dalam set gambar sajian di Instagram anda. (Dapatkan pelapik Nordic disini)
Pinggan makanan seramik mesra gelombang mikro
Material seramik merupakan antara bahan yang sinonim dengan gaya estetik. Selain buatannya yang menarik, pinggan jenis ini mempunyai tekstur matte dan unik.
Ia turut direka dengan kemasan menarik serta salutan warna pada permukaan pelbagai dan sesuai dipadankan dengan sajian yang dihidangkan. (Dapatkan pinggan seramik Nordic di sini)
Bakul pencuci mulut rotan berbentuk kelopak
Bakul buatan tangan daripada bahan rotan memberi gaya santai dan ditambah rekaan unik berbentuk kelopak bunga ini mampu mentafsirkan frasa estetik.
Bayangkan pagi anda dihidangkan dengan tart strawberi bersama segelas kopi Americano beralaskan bakul rotan, sangat timeless! (Dapatkan bakul rotan di sini)
Gelas Hannam jalur memanjang
Pembuatan gelas ini sangat unik dengan rekaan tekstur memanjang… sedikit klasik, namun bersifat merentas masa.
Ia sangat ideal apabila diisi dengan minuman seperti kopi mahupun air bunga telang lemon kerana gelasnya yang berciri see through. (Dapatkan di sini)
Dulang kayu gaya kontemporari
Sambil bersantai membelek majalah Kinfolk pada hujung minggu sambil menghirup latte dan hidangan roti kroisan dan homemade jem beri biru, ia sememangnya sangat ideal!
Dilapik dengan dulang kayu rekaan kontemporari, pastinya ia membawa anda dan pasangan berada dalam zon yang sangat selesa dan ruang waktu abadi.
Rakamkan situasi itu dalam feed Instagram dan TikTok anda. (Dapatkan dulang kayu kontemporari di sini)
Pastikan anda dapatkan semua material yang dicadangkan di atas bagi mencipta ‘tona’ estetik dalam feed sosial media anda.
Good luck!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
#Artsy #nordic #GayaEstetik #Awani
;