Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google

Amirul Awaludin
Disember 13, 2017 11:34 MYT
Nama Izara Aishah dan Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam enjin carian Google. - Foto sumber Instagram @izaraaishahofficial & @meghanmarkle
JIKA disebut nama Meghan Markle, ia pastinya sudah menjadi tidak asing lagi dibibir peminat terutamanya menerusi drama bersiri, 'Suits'.
Google Trends hari ini menyenaraikan kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.
Carian nama pelakon berusia 36 tahun itu menjadi carian teratas di enjian carian Google selepas berita beliau bertunang dengan kerabat Diraja England, Putera Harry tersebar luas di media arus perdana dan media sosial.
Seterusnya diikuti dengan pencarian nama-nama pelakon Hollywood terkenal, Kevin Spacey antara carian kedua tertinggi yang membabitkan kontorversi kes dakwaan serangan seksual terhadap lelaki.
Di tangga ketiga pula, pelakon utama Wonder Women, Gal Gadot menjadi tumpuan pelayar di Google apabila video lucah palsunya tersebar meluas di internet.
Sementara itu pengarah filem, Louis C.K. dan pelakon filem seram thriller IT, Bill Skarsgård masing-masing berada di tangga keempat dan kelima di enjin carian berkenaan.
Namun di Malaysia pula, carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta selepas meninggalkan Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir dan Aiman Tino di carta masing-masing.
Nama Izara Aishah berada di tangga pertama dalam carian Google, dipercayai selepas kes memuat naik status menyindir golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak perlu bekerja di Twitter pada Rabu lepas menjadi topik hangat rakyat Malaysia.
Berikut adalah senarai carian lima teratas Google Trends mengikut kategori di peringkat global pada tahun 2017:
Carian Am
1. Hurricane Irma
2. Matt Lauer
3. Tom Petty
4. Super Bowl
5. Las Vegas shooting
Carian Nama
1. Matt Lauer
2. Meghan Markle
3. Harvey Weinstein
4. Michael Flynn
5. Kevin Spacey
Carian Filem
1. It
2. Wonder Woman
3. Beauty and the Beast
4. Logan
5. Justice League
Carian Rancangan Televisyen
1. Stranger Things
2. 13 Reasons Why
3. Big Brother Brasil
4. Game of Thrones
5. Iron Fist
Carian Nama Pelakon
1. Meghan Markle
2. Kevin Spacey
3. Gal Gadot
4. Louis C.K.
5. Bill Skarsgård
Carian Lagu
1. Despacito
2. Shape of You
3. Perfect
4. Havana
5. Look What You Made Me Do
#Afifah Nasir #Aiman Tino #Bill Skarsgard #enjin carian #Gal Gadot #Google #Google Trends #Hannah Delisha #Izara Aishah #Kevin Spacey #Louis C K #Meghan Markle