Iwan Daging Bakaq Danok saji hidangan popular Thailand
Haikal Raman
Mac 20, 2021 07:28 MYT
Mac 20, 2021 07:28 MYT
SEBUT sahaja daging bakar Danok, pastinya ia menjadi antara menu wajib bagi mereka yang berkunjung ke Thailand.
Bagaimanapun sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 setahun lalu, sajian popular itu menjadi menu yang dirindui berikutan pintu sempadan negara masih belum dibuka.
Bagaimanapun penggemar sajian tersebut kini tidak perlu lagi ‘terbang’ jauh ke negara Gajah Putih semata-mata mendapatkan menu itu kerana Iwan Shifudo Grill & Hot Pot ada menawarkannya.
“Tidak perlu untuk cop ‘border’ atau pasport, datang sahaja ke restoran kami bagi mendapatkan menu popular Danok ini, cuma mereka yang tinggal di luar Pulau Pinang perlu tunggu sehingga rentas negeri dibenarkan,” kata Pengurus Operasi, MRB Rich Sdn. Bhd., Shamsudin Yahya.
Tumpuan Ramai | Sajian popular Thailand di Iwan Daging Bakaq Danok
Beroperasi di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Lencong Barat Alor Setar, restoran tersebut menyeru penggemar daging bakar Danok untuk mencuba sajian signature mereka.
Bermula hanya menjual char kuetiau di medan selera di Kedah sekitar tahun 2009, jenama ‘Iwan Daging Bakaq Danok’ kini semakin mendapat sambutan menggalakkan menerusi menu popular ‘daging bakar Danok’ yang ditawarkan.
Selain hidangan di restoran, pihaknya turut menawarkan daging secara sejuk beku kepada pelanggan mereka.
“Idea untuk daging sejuk beku ini wujud semasa PKP selepas orang ramai tidak dapat makan di restoran, justeru itu kami mengambil inisiatif dengan memperkenalkan produk sejuk beku agar pelanggan masih boleh menikmati sajian istimewa itu di rumah.
“Selain itu, menerusi produk yang ditawarkan ini ia dapat membantu orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen dalam memasarkan lagi daging sejuk beku keluaran kami,” ujarnya.
Tambah Shamsudin, bagi melancarkan proses pesanan pelanggan, semua operasi penyediaan produk Iwan Daging Bakaq Danok dilakukan di kilang mereka di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
“Sekarang ini kami sedang berusaha untuk membangunkan kilang sebagai tempat pemprosesan daging, langkah ini dilihat dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan pesanan pelanggan.
“Selain itu kami turut merancang untuk membuka satu lagi cawangan baharu di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah dalam tempoh terdekat,” jelasnya.
Sementara itu, Shamsudin berkata, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pihaknya memperkenalkan konsep pakej perniagaan ‘jualan jalanan’ bagi daging bakar Danok kepada mereka yang ingin menambah pendapatan.
“Pakej ini bermula pada harga RM2,500 dan mereka akan diberi kios dengan kanopi, hot plate, bunting dan 50 kilogram daging serta kambing. Peniaga bebas untuk memilih lokasi mereka sendiri dan boleh berniaga di mana-mana sahaja.
“Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis boleh terus menghubungi kami atau ke laman sosial Facebook dengan carian Iwan Daging Danok bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.
#COVID-19
#IwanDagingBakaqDanok
#DagingBakaq
#DagingBakarDanok
#Penang
#Malaysia
#Thailand
#SajianIstimewa
#HidanganPopular
#pelancongan
#Foodhunter
#ShifudoGrill&HotPot