Isteri pertama serang majlis persandingan, netizen harap suami lebih matang
Madiha Abdullah
Februari 8, 2016 21:05 MYT
Februari 8, 2016 21:05 MYT
SATU majlis persandingan menjadi kelam-kabut apabila isteri pertama pengantin lelaki, bertindak 'menyerang' dan menuntut penjelasan daripada suaminya.
Isteri pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ayu, sudah tidak dapat menahan kesabaran apabila ditinggalkan selama hampir empat bulan tanpa nafkah, lantas mengambil tindakan sedemikian.
Difahamkan, keluarga pengantin lelaki juga bersubahat dalam merahsiakan perkahwinan kedua itu, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati Ayu.
Ayu yang ditemani beberapa ahli keluarga menafikan mahu memalukan suaminya di majlis itu, sebaliknya hanya mahu menuntut keadilan.
Tinjauan di laman sosial mendapati biarpun reaksi bercampur baur diberikan oleh netizen, namun ramai yang meminta agar konflik keluarga ini diselesaikan dengan baik.
Majoriti mahukan si suami yang kini berpoligami, sedar bahawa tanggungjawab yang dipikulnya kini bukan calang-calang, justeru dia perlu lebih matang dalam mengendalikan isu yang melanda keluarganya.