iPhone 6s dan 6s Plus: 5 perkara anda perlu tahu

Madiha Abdullah
September 26, 2015 10:59 MYT
Saiz iPhone 6s disifatkan saiz paling ideal untuk telefon pintar. - Foto AP/Eric Risberg
iPhone 6s dan 6s Plus telah pun mula dijual pada Jumaat di beberapa negara antaranya Australia, Kanada, China dan Singapura.
Bagi mereka yang sedang memikirkan untuk mendapatkannya, ini lima perkara yang anda perlu tahu:
'3D Touch'
Antara ciri terbaharu yang mendapat perhatian dan dipromosikan sebagai selling point pada telefon pintar ini adalah 3D Touch. Pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan sentuhan biasa (regular press), atau sentuhan ringan (light touch) dan sentuhan keras (hard touch). Secara umumnya, ia menawarkan kemudahan pra-tonton aplikasi dengan satu regular touch, dan aplikasi akan dibuka dengan hard touch.
Saiz
Saiz skrin iPhone 6s adalah 4.7 inci, yang disifatkan ramai sebagai saiz yang paling ideal untuk telefon pintar.
Kamera
Kamera belakang iPhone 6s bersaiz 12 megapiksel dan kamera hadapannya bersaiz 5 megapiksel. Apple turut menambah baik kameranya dengan teknologi low-light performance yang mampu meningkatkan kualiti gambar yang diambil di tempat yang gelap.
Filem 4k (4K footage)
Ciri ini adalah bagi mereka yang memiliki iPhone 6s Plus. Kamera iPhone 6s Plus dilengkapi ciri penstabilan imej optik (optic image stabilization). Ciri ini membantu menjadikan foto dan video jauh lebih terang dan jelas walaupun dalam keadaan bergoyang.
'Case'
Walaupun bahagian belakang iPhone 6s dan 6s Plus (seperti juga iPhone 6) nampak begitu bergaya, namun bagi sesetengah orang, ia juga membawa masalah. Ada yang mendakwa ia menyukarkan telefon itu untuk digenggam, justeru pemilik dinasihatkan membeli case atau sarung demi tujuan keselamatan.
#Apple #iPhone 6s #iPhone 6s Plus
;