iPhone 5S dilancarkan September?
Syafique Shuib
Ogos 12, 2013 16:42 MYT
Ogos 12, 2013 16:42 MYT
Ramai di media sosial sedang rancak berborak tentang khabar yang pelancaran telefon pintar iPhone 5S akan diadakan pada 10 September ini.
Model terbaru ini dijangka mempunyai kamera hadapan dan belakang yang lebih baik dan pemproses yang lebih laju. Selain itu, antara baru yang akan diperkenalkan adalah pengimbas cap jari (fingerprint censor) sebagai ciri keselamatan tambahan untuk membuat bayaran atau mengakses akaun Apple.
Menurut laman web AllThingsD, edisi baru iPhone ini akan menggunakan sistem operasi iOS7 dimana menu dan ikon berwajah baru sepenuhnya. Sistem notifikasi dan susunan foto juga dijangka akan menjadi lebih mesra pengguna.
Pihak Apple belum lagi mengesahkan mengenai laporan itu atau mengeluarkan sabarang butiran tentang iPhone 5S namun ia akan menjadi ujian kepada Apple kerana saingan sengit dari telefon Android dan pesaingannya Samsung.
Berikut adalah reaksi dari Twitter:
Pada masa yang sama, ada juga khabar angin mengatakan bahawa Apple juga akan melancarkan iPhone 5C dimana ia akan di jual dengan harga yang lebih murah dan akan menampilkan sarung dengan pelbagai warna.
Apa pendapat anda tentang iPhone 5S dan iPhone 5C? Adakah anda akan memiliki iPhone yang terbaru ini?