Ini reaksi Neelofa apabila netizen cadang nama untuk kempen larangan merokok

Madiha Abdullah
Januari 3, 2019 09:28 MYT
Neelofa akui terhibur dengan cadangan menggunakan namanya itu. - Foto Instgram
NAMA pengacara dan pelakon, Neelofa, antara kaedah yang dicadangkan untuk 'mempromosi' kempen larangan merokok di premis makanan, yang bermula pada 1 Januari.
Cadangan menggunakan nama Neelofa itu dikemukakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Hafiz Mansor dalam satu entri.
Kata Hafiz, papan tanda larangan merokok yang digantung atau ditampal di dinding mungkin tidak begitu berkesan kerana ada kemungkinan pelanggan tidak perasan.
Justeru Hafiz mencadangkan agar papan tanda itu diletak di atas meja makan, selain turut mencadangkan penggunaan ayat-ayat tertentu yang boleh menarik perhatian perokok tegar.
"Letaklah ayat macam 'Perokok yang tidak hisap rokok di kedai makan adalah lelaki idaman saya - Neelofa'," tulis Hafiz.
BACA: Perokok guna pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan
Dalam responnya terhadap entri yang kini tular itu, Neelofa akui terhibur dengan cadangan menggunakan namanya itu.
Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga sempat berpesan agar orang ramai mematuhi peraturan larangan itu.

Someone forwarded this to me and cant help but giggled at this! Remember guys, no smoking in eateries and follow the guidelines provided by Ministry of Health if you want to smoke! pic.twitter.com/wXtemBqgWV

— Neelofa (@Neelofa) January 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#larangan #merokok #Neelofa #papan tanda #perokok #premis makanan
;