Ini ramalan Waze masa terbaik dan perlu dielak untuk memandu sewaktu Thaipusam
Asyraf Roslan
Januari 19, 2019 09:30 MYT
Januari 19, 2019 09:30 MYT
ISNIN depan, penganut Hindu di negara ini akan meraikan perayaan Thaipusam.
Sudah menjadi kebiasaan, ramai rakyat Malaysia mahupun pelancong akan menuju ke destinasi kemuncak perayaan itu di Batu Caves, Gombak bagi menyaksikan keunikan dan kemeriahan perayaan tersebut.
Aplikasi pemanduan arah, Waze berkongsikan beberapa langkah yang anda boleh ambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada musim cuti ini.
Ramalan Waze untuk masa terbaik dan perlu dielak untuk memandu di Kuala Lumpur
Bagi mereka yang ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika menuju ke Kuala Lumpur, anda boleh mengunakan panduan ini.
20 Januari 2019 (Ahad)
• Masa yang terbaik: 7 petang – 11 malam
• Masa yang kurang sesuai: 10 pagi – 11 pagi
21 Januari 2019 (Isnin)
• Masa yang terbaik: 8 malam – 9 malam
• Masa yang kurang sesuai: 4 pagi – 5 Pagi
Rancang perjalanan anda dengan Pemanduan Terancang (Plan Drive)
Pengguna Waze boleh menggunakan fungsi 'Plan Drive' untuk merancang perjalanan mereka dengan baik. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada anda bila masa terbaik untuk berangkat dan waktu ketibaan anda di lokasi.
Bagi mengurangkan tekanan, anda juga boleh merancang perjalanan dengan hanya menghubungkan Plan Drive dengan kalendar telefon pintar anda.
Sentiasa peka dengan kemaskini
Jika anda berada di jalan raya, anda harus menghidupkan aplikasi Waze anda untuk sentiasa mendapat kemaskini mengenai laporan lalu lintas, arahan memandu, makluman tentang kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Anda juga boleh mengenal pasti laluan baru dan lebih cepat dengan bantuan aplikasi ini, jadi jangan lupa untuk hidupkan suara pemanduan arah itu.
Sentiasa berhati-hati dan semoga perjalanan anda ke destinasi di Hari Thaipusam lebih lancar dan tenang.