Ini 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai Pantai Anyer

Astro Awani
Disember 23, 2018 13:37 MYT
Selain Pantai Anyer, terdapat beberapa lagi pantai yang menjadi tumpuan di daerah yang terletak Wilayah Benten ini. - Foto: www.indonesiatourism.com
ANTARA Anyer dan Jakarta, kita jatuh cinta… Antara Anyer dan Jakarta….
Kita sering dibuai bait-bait indah lirik lagu Antara Anyer dan Jakarta yang dipopularkan penyanyi Datuk Sheila Majid namun tidak menyedari kewujudan Pantai Anyer yang diungkap bersama ibu negara Indonesia itu.
Namun nama Pantai Anyer kembali menjadi sebutan apabila tsunami membadai pesisir pantai itu pada Sabtu malam hingga mengorbankan nyawa dan kemusnahan dahsyat di wilayah Banten ini.
Apa yang boleh ketahui mengenai Pantai Anyer ini? Ini 5 fakta mengenai Pantai Anyer.
1) Anyer terletak 100 kilometer dari barat Jakarta. Sebahagian besar daerah ini terletak di pesisir pantai yang menghadap Selat Sunda.
2) Ia merupakan bandar pelabuhan pada abad ke 19 sebelum musnah akibat letupan Gunung Krakatau pada 1883.
3) Anyer menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dan tempatan khususnya yang dari Wilayah Jakarta. Jaraknya yang tidak jauh dari ibu negara Indonesia itu menyebabkan ia menjadi destinasi percutian pada hujung minggu dan pemanduan yang disajikan panorama pantai indah menjanjikan pengalaman yang istimewa.
4) Selain Pantai Anyer, terdapat beberapa lagi pantai yang menjadi tumpuan di daerah yang terletak Wilayah Benten ini. Antara lain ialah Pantai Karang Bolong, Pantai Pasir Putih, Pantai Marbella, Pantai Sambolo dan beberapa lagi.
5) Walaupun Gunung Anak Krakatau menunjukan beberapa aktiviti aktif beberapa bulan ini, namun Gunung Anak Krakatau masih menjadi tumpuan pelancong. Lazimnya pelancong akan menaiki bot dari Anyer untuk menempuhi perjalanan selama 3 jam ke kawasan berhampiran gunung itu.
#anak #Antara Anyer dan Jakarta #Anyer #bot #Datuk Sheila Majid #Gunung Anak Krakatau #Indonesia #Jakarta #Karang Bolong #letupan #Pantai Sambolo #pelancong
;