Ini 10 azam paling popular untuk tahun 2016
Syafique Shuib
Januari 1, 2016 22:07 MYT
Januari 1, 2016 22:07 MYT
Tibanya tahun baru, pastinya semua akan membuat azam baru, iaitu untuk memperbaiki diri dari segi kerjaya mahupun peribadi.
Namun, apa azam yang paling popular dan adakah kita semua mempunyai azam yang sama?
Beberapa syarikat antarabangsa membuat kajian tentang azam apa yang popular di kalangan orang ramai.
Laman portal kewangan GOBankingRates.com membuat satu undian dan ternyata keinginan untuk menikmati kehidupan sepenuhnya merupakan pilihan utama pembaca mereka.
Hasil kajian yang diterbitkan oleh laman portal time.com/money turut mendapati orang ramai ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan.
Di United Kingdom, syarikat pelancongan Thomas Cook UK turut membuat kajian yang sama.
Menurut keputusan undian, kurangkan berat badan merupakan azam paling popular, diikuti dengan keinginan untuk melancong dan membaca lebih banyak buku.
Luangkan lebih masa untuk hobi atau projek peribadi turut tersenarai.
Mari kita lihat 10 azam paling popular untuk 2016:
1) Menikmati kehidupan sepenuhnya
2) Mengamalkan gaya hidup sihat
3) Kurangkan berat badan
4) Simpan duit dan kurangkan perbelanjaan
5) Luangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan
6) Bayar atau kurangkan hutang
7) Melancong
8) Baca lebih banyak buku
9) Berhenti merokok
10) Luangkan lebih masa untuk hobi atau projek peribadi