Ingatkan guna racun ini untuk halau semut, tapi kesannya boleh jadi penyebab sawan
Keluarga
Januari 30, 2022 11:10 MYT
Januari 30, 2022 11:10 MYT
SIAPA sahaja yang senang duduk bila melihat semut terlalu banyak di dalam rumah. Lagi-lagi jika di dapur.
Pantang makanan yang manis bergula terletak di atas meja, habis dihurung semut.
Memanglah kalau boleh ingin juga dicari cara yang terpantas dan terbaik untuk mengelakkan atau menghindarkan kejadian tersebut terus berlaku.
Meskipun begitu, ada juga yang mengambil jalan cepat dan mudah dengan menggunakan racun serangga.
Namun perlu beringat agar jangan sesekali terbeli atau menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean kerana bahaya untuk tubuh badan dan juga persekitaran.
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online.
Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Menurut perkongsian fakta di akaun Facebook Public Health Malaysia, racun jenis ini sangat berbahaya untuk digunakan.
Bahkan kesan racun ini akan berpanjangan pada tubuh badan hingga bertahun tahun lamanya.
Jangan main-main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan persekitaran.
Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia.
Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun-tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak-anak.
Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama
Sumber : Public Health Malaysia
*Artikel asal di portal Keluarga
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !