[INFOGRAFIK] Hati-hati dengan bakteria Salmonella

Nasrul Hafiz, Asyraf Roslan
Oktober 22, 2018 07:12 MYT
Kenali Salmonella, salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang antara makanan dan daging mentah semasa penyediaan, penyimpanan makanan. - Foto pixabay.com
APAKAH itu Bakteria Salmonella?
Bakteria Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan atau pencemaran silang daripada pengendali makanan kepada haiwan.
Tahukah anda apakah punca Bakteria Salmonella ini terjadi dan bagaimana untuk anda mencegah daripada terkena bakteria tersebut.
Pada Ahad, Kementerian Kesihatan mengesahkan agen penyebab kes keracunan makanan berkaitan laksa baru-baru ini berpunca daripada bakteria 'salmonella enterica serovar weltevreden'.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada Ahad mendapati bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa.
Bakteria tersebut berpunca dari satu sumber, iaitu mi laksa yang dibeli pada 4 Oktober 2018 dari sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah.
Mi laksa tersebut dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut.
BACA: Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan
BACA: Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu
BACA: KKM sahkan dua kematian akibat laksa di Baling
#Bakteria #daging mentah #infografik #kesihatan #makanan #pencemaran silang #pengendali makanan #penyimpanan makanan #salmonella
;